in ,

Betul Ke Dakwaan Starbucks & McDonald’s di Malaysia Menyokong Zionis?

Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa, pastinya anda cukup tahu berlakunya peperangan di Palestin melibatkan Zionis sehingga membuatkan rakyat Palestin terdiri daripada umat Islam terkorban.

Apabila isu Palestin hangat dibincangan, isu boikot McDonald’s and Starbucks juga pastinya akan muncul kembali. Maka dengan itu pengguna Facebook Facebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai dakwaan yang dipercayai ramai ini.

Siapakah Pemegang Saham McDonald’s?

10 pemegang saham terbesar McDonald’s iaitu Vanguard Group, SSGA Fund Management, Blackrock, Wellington Management, Geode Capital, Northern Trust Investment, Norges Bank, T.Rows Price Associate, JP Morgan dan Morgan Stanley.

Siapakah Pemegang Saham Starbucks?

10 pemegang saham terbesar Starbucks pula terdiri daripada Vanguard, Blackrock, Ssga fund management, Magellan Asset Management, Geode Capital, Northern trust investment, Fidelity, Loomis, Sayles and co, Polen Capital Management dan Norges Bank.

Maka daripada senarai pemegang saham yang disenaraikan di atas, 10 pemegang saham terbesar itu kesemuanya syarikat pengurusan aset atau dalam erti kata lain syarikat unit trust.

Adakah Benar Starbucks Dan Mcdonald’s Menyumbang Kepada Tentera Israel ?

Berkenaan Starbucks tidak benar. Surat yang tular mengatakan CEO Starbucks sokong Israel adalah surat palsu yang ditulis oleh Andrew Winkler. Beliau sendiri dah mengaku yang surat tu hanyalah troll sahaja.

Tahukah anda di Amerika Syarikat Starbucks kena boikot juga sebab kononnya Starbucks tidak menyokong ketenteraan Amerika Syarikat. Benda ini juga palsu sebab orang sebarkan email palsu.

Dalam erti kata lain, kedua-dua pihak mengecam Starbucks. Sebuah pihak dakwa konon sokong Yahudi manakala sebuah pihak lagi dakwa konon tidak menyokongAmerika Syarikat. Kedua-dua palsu. Kebenaranya ialah Starbucks tidak menyokong sebarang political movement dan cuma menjual kopi sahaja.

Walau bagaimanapun, Starbucks disahkan membuat sumbangan 25sen untuk setiap cawan kopi untuk kesihatan mental askar veteran. Itu sahaja sumbangan yang Starbucks ada buat.

Mcdonald’s pula bagaimana? Mcdonald’s terang-terang tidak menyokong agenda Zionis. Mcdonald’s Israel pilih untuk tidak membuka cawangan di kawasan sempadan Palestin.

Mcdonald’s malah sedarkan Israel untuk tidak masuk dalam kawasan di mana Palestin ada penguasaan. Benda ini menyebabkan veteran tentera Israel turut melancarkan gerakan boikot terhadap jenama ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6 Cara Untuk Tentera Bawang Malaysia Elak Kena Godam dengan Israel

Tatkala Ramai Bersatu Bantah Israel, Tweet Adibah Noor Pula Undang Kecaman Netizan