in , ,

5 Perkara Ini Akan Berlaku Jika PM Muhyiddin Hilang Majoriti

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelaskan beliau tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai cukup majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Jelas beliau, sekiranya Perdana Menteri baharu tidak boleh dilantik, maka kerajaan baharu yang akan mentadbir negara juga tidak boleh dibentuk.

Apa akan berlaku jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti?

1. Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan dan boleh mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan Perkara 43(4) untuk membubarkan Parlimen.

2. Mengikut Perkara 40(2), Yang di-Pertuan Agong boleh menyatakan sama ada tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen tersebut kerana faktor pandemik COVID-19.

3. Apabila Muhyiddin meletakkan jawatan, ia termasuk Kabinet keseluruhan kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang majoriti.

4. Proses seterusnya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

5. Apa yang akan berlaku mungkin sama dengan tahun 2020 apabila terjadi pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin Belum Sahih Letak Jawatan

WALAUPUN peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih belum sahih, namun perkara itu menjadi satu khabar angin yang menggoncang dunia politik negara semalam.

Sehingga kini, belum ada sebarang kepastian sama ada ada Ahli Parlimen Pagoh itu akan meletakkan jawatan atau tidak.

Bagaimanapun beberapa sumber dilaporkan perkara itu sudah diputuskan dan keputusan hanya akan diumumkan esok.

Pemimpin-pemimpin kanan parti terdiri dari UMNO dan juga Bersatu dilihat memasuki kediaman Muhyiddin yang terletak di Bukit Damansara.

Kediaman itu menjadi tumpuan sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN) pada 30 Julai lalu.

Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan tiada agenda mesyuarat kabinet tergempar dan menolak dakwaan Muhyiddin telah menandatangani surat peletakan jawatannya pada Sabtu.

Redzuan berkata, Bersatu akan mengadakan satu mesyuarat pada jam 9 pagi ini.

Tetapi ada pihak mengatakan bahawa keputusan sudahpun dibuat dan semua perlu menunggu pengumuman rasmi pada Isnin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akhirnya Shuib Dah Jumpa Ibu Susuan Yang Selayaknya Buat Ayash Affan, Bukan Orang Lain Pun

11 Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Kembali Beroperasi Dalam Fasa 1, Ini Tarikh Bila Bermula