in , ,

Akhirnya Shuib Dah Jumpa Ibu Susuan Yang Selayaknya Buat Ayash Affan, Bukan Orang Lain Pun

Susu siapa yang akan diberikan kepada Ayash Affan? Itu yang menjadi persoalan kepada Shuib, yang baru sahaja kehilangan isteri kesayangannya. Sebelum ini bayi yang baru dilahirkan secara pembedahan itu diberikan susu formula oleh pihak hospital.

Memandangkan anak keeempatnya itu dilahirkan secara pramatang, pihak hospital telah meminta Shuib menghantarkan susu ibu untuk diberikan kepada anaknya sekira ada.

Berikutan itu, terdapat ramai pihak termasuklah rakan artis seperti Syatilla Melvin yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan.Walau bagaimanapun Syatilla telah menjawab kekeliruan yang terjadi bahawa susu badan kawan baiknya yang baru lepas berpantang yang akan ditawarkan dan bukanlah miliknya.

Menerusi video temubual Shuib bersama Mstar, netizen berasa bangga dan memuji sikap pelawak itu yang menggalas tanggungjawab seorang ibu selepas pemergian isterinya.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkenaan siapa individu yang layak untuk menjadi ibu susuan kepada anak keempat Shuib dan a.rwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang kini masih berada di hospital.

Dah Jumpa Ibu Susuan Ayash

Susulan itu, ramai yang mula memberi cadangan dan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut namun, menerusi temubual pelakon dan pelawak itu, dia telahpun menemukan ibu susuan yang selayaknya untuk putera bongsunya.

Akhirnya Shuib Jumpa Ibu Susuan Yang Selayaknya Buat Ayash Affan

Perkara itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun _inaijari_ dia laman Instagram yang menyaksikan sedikit sebanyak perkongsian dan perkembangan semasa Shuib serta ahli keluarga kecilnya selepas kehilangan isteri tercinta akibat C0vldl9.

Ada Sebab Pilih Sepupu

“Berkenaan dengan ibu susuan Ayash, kita dah bincang untuk cari dalam kalangan ahli keluarga juga…”

“Dia adalah sepupu saya yang baru sahaja dapat baby dalam 6 bulan.”

– Shuib

Terdahulu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin selepas bert4rung ny4wa mel4wan vlrus C0vldl9 dalam keadaan tengah sarat mengandung anak keempat.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan yang berusia 7 bulan dapat diselamatkan sementara Siti Sarah pula adalah sebaliknya.

Bukan sahaja tidak dapat bertemu bayinya bahkan juga tidak sempat menyusukan anak yang mereka nantikan selama 6 tahun itu.

Netizen Cadangkan Nama Sari Yanti

Terdahulu netizan ada mencadangkan nama Sari Yanti dikatakan pilihan tepat utk Ayash Afyan

Di dalam temubual tersebut terdapat netizen yang mencadangkan Sari Yanti sebagai individu yang sesuai untuk menjadi ibu susuan bagi anak Shuib.

Memandangkan Sari mempunyai anak yang masih kecil dan suaminya Jep juga merupakan kawan rapat Shuib, pelakon jelita itu dikatakan pilihan yang paling tepat.

Sebelum ini, seorang pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim telah menasihatkan Shuib supaya mencari ibu susuan yang memiliki akhlak yang baik.

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik. Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,”

Minta Jangan Taasub Dengan Artis K-Pop, Peminat Tegar Perlekeh Teguran Shuib

13 Pesanan Berharga dari Shuib

Bagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. C0vid19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn.

#1 Sedekah

Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus. Antara pesanan Allahyarhamah tentang sedekah:

“Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah.

“Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.

#2 Isteri Solehah

Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Allahyarhamah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami.

#3 Jangan ambil Mudah tentang C0vid19

Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik.

#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit C0vid

Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit C0vid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Allahyarhamah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja.

Baca arahan KKM tentang kuarantin di rumah

Aku dah beli dekat Shopee. Standby satu dekat rumah. Korang nak beli cari yang elok sikit eh. Aku beli yang ni Fingertip Pulse Oximeter [MDA,CE & FDA Approved]

#5 Vaksin

Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk melawan wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu.

#6 Kejar Akhirat

Shuib banyak ingatkan tentang kubur, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan meninggal di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah.

#7 Amalkan Surah AlWaqiah

Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak.

#8 Pesanan untuk Suami

Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu.

#9 Jangan Sombong

Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi.

#10 Duit Tak berguna jika sakit

Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat.

#11 Solat berjemaah

Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga.

#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola

Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat.

#13 Sentiasa Bertaubat

Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”.

Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya.

Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami.

Aku yakin Allahyarhamah dah berjuang habis-habisan melawan yang termampu. Semoga syurga tempatnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia.

Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu berta4rung nyaw4 akibat C0VID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

12 Anggota Keluarga Yana Samsudin Positif Covid-19

5 Perkara Ini Akan Berlaku Jika PM Muhyiddin Hilang Majoriti