in ,

11 Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Kembali Beroperasi Dalam Fasa 1, Ini Tarikh Bila Bermula

Kerajaan telah mempertimbang untuk memberi kelonggaran bagi aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri yang berada di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan keperluan kesihatan mental rakyat terjaga.

“Meskipun kita masih berada dalam fasa satu, berkaitan isu kesihatan mental kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti yang selamat seperti pergi ke taman dan pasar-pasar malam yang terbuka, kesemua ini kita sedang pertimbang (untuk beri) kelonggaran,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan.

Sidang akhbar itu adalah yang pertama diadakan sejak pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Keselamatan yang bertanggungjawab mengumumkan perkembangan PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mengulas kelonggaran rentas negeri buat ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi untuk berjumpa anak-anak berumur 18 tahun ke bawah, Hishammuddin berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan kedudukan dan kesejahteraan mental serta aspek kekeluargaan yang perlu diambil kira setelah masing-masing sekian lama berdepan sekatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, kelonggaran bagi golongan bujang untuk berjumpa ibu bapa mereka tidak dapat dilaksana memandangkan jumlah golongan itu adalah ramai, justeru risikonya juga tinggi.

“Untuk peringkat awal ini, kita hanya membenarkan ibu bapa yang bimbang dan yang ada anak umur 18 tahun ke bawah yang tinggal berasingan. Biar kita temukan mereka. Ini bagi saya keputusan yang bukan bersandarkan ekonomi atau kesihatan pun, ini berkisarkan kedudukan mental.

Beriktu Sejumlah 11 aktiviti ekonomi termasuk kedai gunting rambut dan cuci kereta dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1 mulai 16 Ogos, 2021 ⁣⁣

Kerajaan setuju benarkan semua aktiviti tidak perlu dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian kembali beroperasi bermula 16 Ogos 2021 di negeri Fasa 1, 2 dan 3 PPN ⁣⁣

Pemilik premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 ⁣⁣

Kemudahan sektor ekonomi terpakai pada semua fasa PPN dengan syarat vaksinasi lengkap capai 50 peratus ⁣

Taman rekreasi awam di negeri-negeri fasa satu dibenar dibuka bermula 16 Ogos untuk riadah ⁣⁣

– PM Muhyiddin Yassin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Perkara Ini Akan Berlaku Jika PM Muhyiddin Hilang Majoriti

Bil Pesakit Covid-19 Lebih RM300,000, Ini Jawapan Pihak Hospital