in

4.6 Juta Tonton Anugerah DFKL 2015

Malam kemuncak Anugerah Drama Festival 2015 yang telah berlangsung pada 21 Mac lalu telah meraih 4.6 juta tontonan! Bersiaran secara langsung TV3 pada jam 9 malam dan di Hip TV, TV9 pada 8.30 malam bagi siaran karpet merah, perkarangan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) selaku penaja lokasi turut dibanjiri lebih 2000 peminat yang datang ingin bertemu pelakon-pelakon kesayangan mereka seperti Siti Elizad, Ungku Ismail, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Nur Fatiya, Aiman Hakim, Amyra Rosli, Shaarnaz Ahmad dan ramai lagi.

Statistik di arena ‘atas talian’ (online) mencatatkan 33,089 penonton yang menyaksikan Anugerah DFKL 2015 serta acara Karpet Merah menerusi laman web rasmi DFKL 2015 iaitu www.dfkl.com.my dan juga Tonton. Malam Anugerah DFKL 2015 juga telah trending No. 1 di Malaysia, malah turut trending di seluruh dunia.

Sekurang-kurangnya 4 juta pengguna telah memperkatakan mengenai DFKL 2015 di media sosial dengan hashtag #DramaFestKL di Twitter, Instagram, dan Facebook. Manakala jumlah catch-up di Tonton (www.tonton.com.my) buat masa ini telah mencapai 8,888 tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari.

DFKL 2015 yang masuk tahun kedua telahpun memulakan perjalanannya pada Februari lalu dengan sesi jelajah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih. Sesi bengkel pada 14 dan 15 Mac yang lalu, telah membabitkan 16 karyawan hebat dan berpengalaman dalam industri seni negara Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra, Mamat Khalid dan ramai lagi turut menerima penerimaan memberangsangkan oleh orang awam. Sesi bengkel tersebut adalah insiatif TV3 dan TV9 untuk memberi platform kepada para karyawan yang ingin berkongsi rasa, idea dan pengalaman mereka dalam industri penyiaran negara bersama masyarakat umum.

Mengimbas kembali malam Anugerah DFKL 2015 yang lalu, Drama Rindu Awak 200% telah mendominasi apabila memenangi 4 anugerah utama iaitu, Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pengarah Pilihan dan Penulis Skrip Pilihan. Malam Anugerah DFKL 2015 turut memperkenalkan gandingan hos baharu iaitu AG dan Yana Samsudin. Buat pertama kalinya, mereka digandingkan untuk mengemudi malam anugerah penuh prestij ini.Anugerah DFKL 2015 memberi peluang kepada para peminat untuk memilih sendiri pemenang bagi 7 kategori yang dipertandingkan melalui undian yang dibuka di laman web rasmi DFKL 2015 di www.dfkl.com.my sebagai tanda penghargaan terhadap penonton setia drama-drama melayu di TV3 dan TV9.

Keputusan penuh pemenang bagi Malam Anugerah DFKL 2015:

1) Drama Pilihan: Rindu Awak 200%
2) Pelakon Lelaki Pilihan: Zul Ariffin (Rindu Awak 200%)
3) Pelakon Wanita Pilihan: Amyra Rosli (Kristal Maya)
4) Pengarah Drama Pilihan: Aidilfitri Mohamed Yunos (Rindu Awak 200%)
5) Penulis Skrip Drama Pilihan: Nieza Zahar (Rindu Awak 200%)
6) Barisan Pelakon Drama Pilihan: Selamat Pengantin Madu
7) Hero dan Heroin Pilihan: Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose (Setitis Kasih Darmia)
8) Drama Pendek Pilihan:

Tahun lalu, Singh Susu karya Azmir Affandi telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori ini. Drama pendek Singh Susu yang kemudiannya diterbitkan sebagai sebuah telemovie yang turut ditayangkan di TV3 sempena hari kemerdekaan Malaysia tahun lalu. Tahun ini, Luahan Abah hasil nukilan Muhamaad Haizad Bin Hashim telah dinobatkan sebagai pemenang utama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10, 000.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan drama pendek DFKL 2015:

Tempat Pertama: Luahan Abah oleh Muhamad Haizad Bin Hashim (RM10,000)
Tempat Kedua: Telefon Pintar oleh Mohamad Al Hafiz bin Burhanuddin (RM5, 000)
Tempat Ketiga: Azmir Nak Jadi Produser oleh Mohd Faliq Bin Mohd Sharif (RM3, 000)

Para penyampai anugerah bagi malam Anugerah DFKL 2015 merupakan gandingan hero dan juga heroin bagi drama-drama yang bersiaran di TV3 dan TV9. Antara penyampai anugerah ialah Zul Ariffin dan Nelydia Senrose, Ungku Ismail & Siti Elizad, Sharnaaz Ahmad dan Izreen Azminda, Kamal Adli dan Amyra Rosli serta Datuk Yusof Haslam dan Datin Paduka Umie Aida.

Malam Anugerah DFKL 2015 yang turut ditaja oleh penaja bersama Kotex dan Nin Jiom ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada para penari rancangan realiti Showdon, nyanyian duet Fatiya Latiff bersama Aiman Hakim Ridza dengan lagu Kisah Kita (OST Bencinta), Najwa Latif menyanyikan lagu Hilang(OST Kristal Maya), Sham Kamarul menyampaikan lagu nyanyiannya sendiri iaitu Selamaku Bernafas (OST Bila Hati Berbicara), persembahan oleh Azmir dan Sara daripada Mentor Legend untuk lagu Kau Tercipta (OST Istikharah Cinta), dan juga persembahan penutup daripada Black menyanyikan lagu Roman Cinta (Ost Kifarah) dan Mana Mungkin (OST Ayuni Safira).

Selain persembahan tarian dan nyanyian, pentas Anugerah DFKL 2015 turut meriah dengan persembahan lakonan oleh para pelakon hebat seperti Ziela Jalil, Afdlin Shauki, Norish Karman, Azhar Sulaiman, Liyana Jasmay, Balkisyh dan juga Erma Fati

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lana Nordin Bakal Nikah Dengan Pemain Bola Tampar AS

Emma Maembong Nafi Bakal Berkahwin Dengan Kamal Adli