in , ,

400,000 Pengunjung Gegaq Karnival Jom Heboh Pulau Pinang!

Siri jelajah Karnival Jom Heboh (KJH) singgah di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 & 29 September ini setelah berjaya menamatkan siri jelajah di Shah Alam, Johor Bahru, dan Kota Kinabalu sebelum ini.

Banyak aktiviti dan acara yang lebih menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang dua hari KJH di Pulau Pinang.  

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), “Alhamdulillah jerebu yang reda sewaktu kami di Perkarangan Stadium Batu Kawan untuk Karnival Jom Heboh Pulau Pinang. Memang heboh di Pulau Pinang dan walaupun hujan lebat setiap petang, pengunjung tetap membanjiri kawasan tapak untuk membeli belah barangan harga durian runtuh dan menyokong kami di studio A dan B. Wajah ceria yang terpancar di wajah pengunjung ketika bertemu para selebriti dan artis membawa kepuasan kepada kami. Dapat juga mereka bergambar dan simpannya sebagai kenangan.

Persembahan Ramlah Ram Di Konsert Hot Kool Jam

Selain KJH yang diadakan di Perkarangan Stadium Batu Kawan, program tanggungjawab sosial korporat KJH bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai serta Western Digital membuka tirai aktiviti KJH di Pulau Pinang. Turut sertai program tanggungjawab sosial korporat ini ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Dato’ Rozali bin Hj. Mohamud dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima berhad, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), En. Johan Ishak serta barisan personaliti Media Prima Berhad. Program tanggungjawab sosial korporat yang diadakan di Upcycle Park, Bandar Perda Bukit Mertajam merangkumi upacara penanaman pokok dan pelepasan ikan di kolam yang disediakan sebagai penanda simbolik menjaga alam sekitar. Selain itu, para hadirin dapat menyaksikan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk terus memeriahkan dan mencantikkan Seberang Perai.

Persembahan Sufian Suhaimi Di Konsert Hot Kool Jam

Di KJH, kami menyediakan dua studio yang menghimpunkan pelbagai aktiviti iaitu Studio A dan Studio B. Bersama Acap dan Zee Tokan yang bakal menggamatkan suasana di Studio A, para pengunjung boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti untuk siaran langsung yang diadakan dan menonton demo masakan bersama Cef Naem serta pelajari ilmu agama bersama Da’i LuqmanDa’i FuadDa’i Azrin dan Ustaz Safwan. Para pengunjung Studio A juga berpeluang beramah mesra bersama artis jemputan seperti Atiq Azman, Anas Ridzuan, Sissy Imann dan Qody Mentor

Harris Alif dan Shah Sulaiman Mengendalikan Studio B

Manakala, bagi pengunjung yang hadir bersama anak-anak kecil, Studio B pasti menjadi pilihan anda. Harris Alif dan Shah Sulaiman selaku hos yang bakal menghiburkan anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti aktiviti DIY, aktiviti permainan untuk kanak-kanak, sesi bergambar di B! Insta, persembahan penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot  Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia.

Qody Melontar Belon Air Sewaktu Aktiviti Bersama Artis Jemputan di Studio A

Selain itu, pengunjung juga boleh bertemu dengan personaliti TV seperti Teh Syuhaida, Anim Ezati Rizki, Muaz Mohamed, Hefny Sahad, Anwar Afiq dan Adzrie Faiz yang akan membuat siaran lintas langsung di TV3. 

Selain menyertai aktiviti yang terdapat di Studio A dan B, para pengunjung boleh menyokong artis kesayangan mereka dengan membeli barangan eksklusif di Bazar Selebriti dan beramah mesra dengan artis yang mengambil bahagian. Antara artis yang memeriahkan Bazar Selebriti ialah Nadia Syahera, Syed Ali, Shahz Jaszle, Anim Ezati Rizki, Shah Sulaiman, Keena Mentor, Taleeb Mizad, Faye Kusairi, Afzan Rahman dan Da’i Azrin.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak Melepaskan Ikan Ke Kolam yang Disediakan Sewaktu Program CSR di KJH Pulau Pinang

Kemeriahan di KJH tidak terhenti di siang hari sahaja. Para pengunjung juga dihiburkan dengan konsert oleh penyanyi hebat pada sebelah malamnya. Pada malam Sabtu, bermula jam 7.45 malam pentas Hot Kool Jam bakal digegarkan dengan persembahan Ziana Zain, Ella, Ramlah Ram, Siti Nordiana, Ara Johari, Haiza, Dato’ Hattan, Kugiran Masdo, Khai Bahar, Ismail Izani, Sufian Suhaimi dan Kumpulan Neon. Seterusnya, pada malam Ahad pula bermula jam 9.00 malam para pengunjung dapat berhibur di Konsert Jom Heboh  bersama Kumpulan Ekamatra, Rahmad Mega, Azlan Typewriter, Amelina, Shiha Zikir, Wani Syaz dan Tajul.

Persembahan Ismail Izzani Di Konsert Hot Kool Jam
Turut Hadir di KJH Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

Seperti sebelum ini KJH Johor Bahru dan Kota Kinabalu telah ada pemenang bertuah yang membawa pulang hadiah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star dan pengunjung KJH Pulau Pinang juga berpeluang untuk memenangi kereta tersebut dengan menyertai peraduan Jom Menang Kereta! Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan info terkini mengenai KJH, jangan lupa layari laman sesawang www.xtra.com.my/jombeboh dan juga laman sosial @TV3Malaysia. 

Pihak Pengurusan Kanan Media Prima Berhad bersama Rosnani Binti Hj Mahmod, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Dato’ Rozali bin Hj. Mohamud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai
Pihak Pengurusan Kanan Media Prima Berhad Bersama Barisan Personaliti Media Prima Berhad dan Pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai Sewaktu Program CSR
Penonton Mengimbau Kenangan Manis Saat Menyaksikan Persembahan Ramlah Ram Di Konsert Hot Kool Jam
Pihak Pengurusan Kanan Media Prima Berhad Bersama Barisan Personaliti Media Prima Berhad dan Pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai Sewaktu Program CSR (2)
Pihak Pengurusan Kanan Media Prima Berhad bersama Rosnani Binti Hj Mahmod, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Dato’ Rozali bin Hj. Mohamud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kehangatan Maharaja Lawak Mega 2019 Kembali Membara

Siapakah Bakal Juara Big Stage 2019?