in

Kehangatan Maharaja Lawak Mega 2019 Kembali Membara

Siapakah yang bakal menjadi maharaja segala lawak dan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan sebanyak RM500,000.00 pada musim ini? Jom kita saksikan!

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019), sebuah program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat tegar lawak di rantau ini bakal membuka tirainya secara rasmi mulai 1 November 2019 ini! 

‘MLM 2019’ akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut.

MLM 2019 juga boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Siapakah barisan dan pelakon komedi profesional terbaik Nusantara yang bakal menghangatkan musim ini?

Adakah Dato’ AC Mizal masih dikekalkan sebagai pengacara pentas komedi berprestij ini?

Siapa pula yang bakal menduduki kerusi sebagai Juri Tetap? Sama-sama kita ketahuinya tidak lama lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) Versi Sarawak

400,000 Pengunjung Gegaq Karnival Jom Heboh Pulau Pinang!