in , , ,

2020 Tahun Bermakna, Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Hamil Anak Pertama

Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan juga pengacara cantik, Ain Edruce, 29 telah mengesahkan bahawa dirinya hamil anak sulung selepas ramai yang berteka-teki sebelum ini.

Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara dan pelakon Ain Edruce mengesahkan dia kini berbadan dua. Ain yang bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz memaklumkan perkara tersebut di saluran YouTubenya sebentar tadi dengan mengakui hal sebenar.

Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 29, dia sebelum ini terpaksa merahsiakan perkara itu kerana usia kandungannya masih terlalu awal.

2020 Tahun Bermakna Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Kini Hamil Anak Pertama

“Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal,”

“Kandungan saya kini dah cecah empat bulan,”

– Ain Edruce

Dalam perkongsian tersebut, dia telah menceritakan secara ringkas reaksi suami dan ahli keluarganya apabila mengetahui bahawa dirinya hamil.

Masing-masing terlihat sangat teruja dan bersyukur diatas kehamilan pengacara tersebut.

2020 Tahun Bermakna Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Kini Hamil Anak Pertama

Jelas Ain, dia mendapat tahu tentang kehamilan beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi.

Justeru, pasangan itu terpaksa menangguhkan aktiviti lasak sepanjang percutian tersebut.

Dalam YouTubenya juga, Ain memaklumkan bahawa ketika video ini dirakam, dia sudah hamil dua bulan dan telah pun membuat pemeriksaan di klinik untuk melihat perkembangan bayinya.

2020 Tahun Bermakna Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Kini Hamil Anak Pertama

“Saya buat ujian kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti lasak sepanjang di Langkawi,”

– Ain Edruce

Tambah Ain lagi, tahun 2020 menjadi tahun paling bermakna baginya biarpun dunia sedang diduga dengan pandemik Covid-19 dan sebagainya.

“Mungkin buat sesetengah orang tahun 2020 banyak sangat benda tidak elok terjadi, kerja susah, rezeki kurang.

“Namun bagi Ain, 2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,”

– Ain Edruce
2020 Tahun Bermakna Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Kini Hamil Anak Pertama

Menerusi video yang dimuat naik itu, Ain membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan alat ujian kehamilan.

Selain itu, Ain turut berkongsi khabar gembira itu bersama kedua-dua ibu bapa mereka dan kenalan rapat.

Tahniah Ain & Suami

Justeru itu, menerusi muat naik di saluran YouTube, rata-rata warganet telah meninggalkan komen  dengan mengucapkan tahniah ke atas kehamilan Ain.

Mereka juga mendoakan agar pengacara Immortal Song Malaysia itu dan suami dapat menjaga kandungan sebaiknyadan segala urusan mereka terus dipermudahkan.

2020 Tahun Bermakna Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Kini Hamil Anak Pertama
2020 Tahun Bermakna Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Kini Hamil Anak Pertama

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cuba Rogol Ibu Mangsa, Warga Nigeria Bunuh & Campak Budak Dari Apartment

Beza Usia 18 Tahun, Siti Nurhaliza Dipuji Nampak Sebaya Dengan Pengasuh Siti Aafiyah