in ,

SEDIHSEDIH

Cuba Rogol Ibu Mangsa, Warga Nigeria Bunuh & Campak Budak Dari Apartment

Menerusi perkongsian yang dibuat Bernama sebentar tadi, seorang warga Nigeria telah membunuh dan mencampak seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari apartment kediaman mereka.

Menerusi perkongsian dibuat oleh seorang wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap,  suspek yang merupakan datuk tiri kepada kanak-kanak tersebut difahamkan cuba merogol ibu mangsa  berusia 24 tahun yang juga anak kepada isterinya.

Cuba Rogol Ibu Mangsa, Warga Nigeria Bunuh & Campak Budak Dari Apartment
Bergaduh Dengan Isteri Terlebih Dahulu

Berlaku Awal Pagi Tadi

Isterinya yang berusia 48 tahun dipercayai warganegara tempatan mempunyai lima orang anak berumur 19 hingga 29 tahun dan seorang cucu. Perkahwinan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia 8 tahun.

Menerusi maklumat daripada saksi, datuk tiri mangsa telah melakukan perkara tersebut dari tingkat empat unit kediaman mereka di sebuah apartment di Danau Kota, Kuala Lumpur pukul 8 pagi tadi.

Cuba Rogol Ibu Mangsa, Warga Nigeria Bunuh & Campak Budak Dari Apartment

Cuba Rogol Anak Tiri Sedang Tidur

Dalam Harian Metro pula,  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata suspek cuba merogol anak tirinya sebelum anak-anak dan isteri menghalang tindakan suspek.

“Anak tiri mangsa berusia 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada di dalam rumah berkenaan,”

– Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid

Berang Sebab Mangsa Jerit Minta Tolong

Berang apabila mangsa menjerit meminta tolong, suspek mengangkat mangsa, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampak keluar hingga jatuh ke bawah.

“Melihat mangsa menjerit dan meminta tolong suspek kemudian mengangkat mangsa, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampak keluar hingga jatuh ke bawah.”

“Suspek juga turut melompat keluar melalui tingkap yang sama,”

– – Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid

Suspek yang tidak dapat melarikan diri telah ditangkap orang awam dan pegawai keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan.

Cuba Rogol Ibu Mangsa, Warga Nigeria Bunuh & Campak Budak Dari Apartment

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nabila Razali Akui Sedih Hingga Dua Hari Menangis Gara-Gara Tak Nyanyi di SFMM35

2020 Tahun Bermakna, Hampir Setahun Berkahwin, Ain Edruce Akui Hamil Anak Pertama