Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
July 10th, 2008 |
Category: Drama |
10 Comments » Selepas memperkenalkan Susuk, Anak Pontianak dan Saka, slot Seram terbitan TV3 bakal menayangkan Kekasihku Seru melewati kaca televisyen anda setiap hari Khamis, 9.30 malam mulai 24 Julai 2008.
Drama bersiri 13 episod ini mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan.
Kekasihku Seru mengisahkan tentang Marisa (Emilda Rosmila) yang menemui perkara misteri di dalam hidupnya ketika mencari keluarga kandungnya. Misteri itu mempunyai kaitan dengan Waris (Hairi Othman) yang telah hidup selama 100 tahun dan untuk melanjutkan hayatnya itu dia memerlukan seorang kekasih untuk terus berada di dunia dan sanggup melakukan apa sahaja demi hasratnya itu.
Sementara itu, Rashad (Fizz Fairuz) telah kehilangan anak dan isterinya yang terkorban di dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, penglihatan Rashad mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya.
Technorati Tags: Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, synopsis batman, the dark knight, review, preview, wallpaper, sms, red cliff, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar, Mazlan, Susuk, Anak Pontianak, Saka, drama kekasihku seru
Tags: Drama, Anak Pontianak, drama kekasihku seru, Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Kuza, Mazlan, preview, red cliff, review, Rose Iskandar, Saka, sms, Susuk, synopsis batman, the dark knight, Umi Aida, wallpaperBaca artikel lain yang berkaitan:
|
|
|
|
|
|








