Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]








Sponsor Budiey.com? Ads Text Pakej 5 Here!


+ Layari Blog Macam-Macam Ada
Klik Di Sini Sekarang!


+ Diari Seorang Wanita
Klik Untuk Tips & Resepi!




VIDEO TERBARU BUDIEY.COM
Temubual Budiey Bersama Aril AF7 - Hos Trek Selebriti




Trivia: Tas Tangan Siapa?

time September 4th, 2009 | category Category: Trivia |
comment No Comments »

Selebriti tanpa tas tangan memang tak sah. Gaya fesyennya jadi tak sempurna. Petang tadi, Budiey ada ambik gambar seorang selebriti popular yang juga anak kepada seorang seniwati terkenal di Hotel JW Mariot. Dah berkahwin tapi takde anak lagi. Tapi yang penting, dia dan suaminya hidup bahagia.

Cuba teka siapa pemilik tas tangan ni. Nampak macam lawa~!

Tags: , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Jam Digital G-Shock Pelakon Mana Ni?
  • Trivia: Beg Tangan Siapa Ni?
  • Trivia: Kaki Finalis Top 5 ABP Mana Ni?
  • Trivia: Siapa Selebriti Pakai Cermin Mata Dolce&Gabbana?
  • Trivia: Tas Tangan Louis Vuitton Pelakon Berkulit Gebu
  • Trivia: Jam Quicksilver Selebriti Mana Ni?
  • Trivia: Siapa Pemilik Kasut Pelakon Ini?
  • Trivia: Kasut Baru Siapa Ni?
  • Trivia: Kasut Adidas Merah Pelakon Mana Ni?
  • Trivia: Gambar Cincin Besar Siapa Ni



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Wan Elyas Dalam Drama Cinta Batu Belah

    time October 19th, 2008 | category Category: Drama, TV3 |
    comment 18 Comments »

    CINTA BATU BELAH MERUNTUN JIWA

    Slot Lagenda di TV3, terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Jika sebelum ini mempertaruhkan drama – drama bersiri seperti Ali Din, Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri, terbaru, ”Cinta Batu Belah” akan menghiasi slot Lagenda ini. Drama bersiri yang diadaptasi dari hikayat lagenda, Batu Belah Batu Bertangkup tetapi diolah dalam versi moden ini akan menemui penonton mulai 13 Oktober 2008, setiap hari Isnin- Khamis jam 4.30 petang dan pada jam 8.30 malam di TV9.

    Cinta Batu Belah menampilkan barisan pelakon seperti Elly Mazlein (Safiya), Shahrul Kamaludin (Sufian), Amyza Adnan (Kamariah), Mak Ungku (Naemah), Fezrul Khan ( Dr. Azmi), Wan Elyas (Firkan) Linda Hashim (Natrah), Adik Farhana Kisnina dan Adik Haikal.

    Cinta Batu Belah ini bermula dengan pertemuan antara Safiya dan Sufian yang menerbitkan bibit percintaan yang mendapat tentangan keluarga apabila Naemah, ibu Safiyyah mula memasang angan-angan hendak menjodohkan Safiyyah dengan Nik Hisyam.  Namun, Safiyyah nekad untuk membelakangkan keluarganya dan menikahi Sufian walaupun natijahnya, dia dibuang keluarga.

    Berazam untuk memulakan hidup baru, Safiya tinggal bersama Sufian dan ibu mertuanya yang sudah uzur di sebuah rumah kecil yang disewa. Sufian bekerja keras menyara keluarga mereka sementara itu Safiya terpaksa menjaga ibu mertuanya yang semakin tenat. Kehadiran cahaya mata pertama mereka, Natrah menyerikan rumahtangga mereka. Namun, badai mula melanda apabila Sufian bertemu kembali dengan Kamariah rakan sekampung yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan membangkitkan perasaan cemburu di hati Safiah.

    Ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua,  Safiya mengidamkan daging rusa dan demi memenuhi permintaan isterinya itu, Sufian pergi ke hutan untuk memburu rusa. Malangnya, kemalangan telah berlaku dan menyebabkan Sufian terkorban. Tertekan dengan tragedi yang menimpa hidupnya, Safiya cuba untuk kembali berbaik dengan Naemah namun ibunya tetap tidak mahu menerima mereka anak-beranak. Terpaksalah Safiya mengharungi pelbagai derita dan tohmahan demi menyara kedua anak- anaknya yang masih kecil itu.

    Suatu hari, Safiya membeli sate daging rusa yang telah ditempah seminggu awal. Dia membawa pulang sate daging rusa tersebut dan menyuruh Natrah menyimpan secucuk untuknya sementara dia pergi bersolat. Selesai bersolat, dia dikejutkan oleh jiran dengan keadaan Opah Uteh yang sesak nafas. Dalam keadaan tergesa-gesa Safiyah meninggalkan rumah dan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak menghabiskan makanan tersebut. Sekembalinya di rumah, Safiya terduduk lesu apabila dikhabarkan oleh Natrah bahawa Fikran begitu tamak menghabiskan semua sate daging rusa tersebut walaupun telah ditegah. Sayu mengenangkan sikap anak-anaknya, Safiya terus merajuk dan keluar dari rumah.

    Kisah menyayat hati dan penuh dengan pengajaran ini berterusan dengan babak-babak yang meruntun perasaan seterusnya. Kemuncaknya di mana Safiya akhirnya telah tergelincir dan jatuh ke dalam lombong. Maka tinggallah dua beradik ini dengan penyesalan di atas sikap mereka sehingga menyebabkan ibu yang dicintai terkorban. Bagaimanakah kehidupan mereka setelah menjadi yatim piatu dan sebatang kara tiada tempat untuk bergantung? Mahukan nenek mereka, Naemah memelihara mereka atau masih adakah insan lain yang sanggup menghulurkan pertolongan kepada dua adik beradik malang ini?

    ”Cinta Batu Belah merupakan jalan cerita yang menarik. Nilai moral dan pengorbanan amat tinggi diserapkan dalam drama ini untuk dijadikan sebagai pedoman kepada anak-anak muda masakini supaya mendengar kata dan tidak melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi,” ulas Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.


    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Senandung Si Dayang
  • Profile Elly Maizlein
  • Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Drama Air Mata Elly Mazlein dan Almy Nadia Dalam Ranjau Berduri
  • Salina Salibi, Elly Mazlein dan Siti Elizad Dalam Puasa Terakhir
  • Gossip Penyanyi Bercinta Dan Akan Kahwin Dengan Kerabat?
  • Sinopsis Filem Apa Kata Hati Lakonan Awal Ashaari, Farid Kamil, Raja Farah
  • Apabila Selebriti Menjadi Mangsa Fesyen…
  • Drama Lagenda Puteri Bunian



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX

    time July 21st, 2008 | category Category: Gambar, Puteri Sarah Liyana |
    comment 110 Comments »

    Filem Aduh Saliha telah menaikkan nama gadis bernama Puteri Sarah Liyana dan sebelum itu pun, gadis manis ini sudah dikenali dari iklan-iklan TV yang dilakonkannya. Akhbar Mingguan Malaysia semalam telah menyiarkan berita tentang Lagi Gambar Aksi Cium Artis Tersiar di Internet. Dikatakan gambar-gambar panas daring dan mesra sepasang kekasih yang tersebar di internet dan email itu adalah milik kepada bintang yang berganding bersama Mawi dalam filem Aduh Saliha itu, Puteri Sarah Liyana. Dikatakan filem ini masih lagi terbengkalai dan belum pun siap.

    Untuk gambar Puteri Sarah Liyana dan kekasihnya yang lain sila ke:

    http://budifoto.blogspot.com

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Puteri Sarah Liyana – M Nasir Temui Saliha Untuk Mawi
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Puteri Sarah Liyana Minum Apa Tu?
  • Gambar Fasha Sandha dan Farid Kamil Cium Mulut Superimpose?
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Lagu Kian dari Pelakon Filem Aduh Saliha, Mawi Jadi Novel
  • Sinopsis Drama Ali Din
  • Gambar Puteri Sarah Dan Kekasihnya Ammar Alfian Aziz
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya

    time June 18th, 2008 | category Category: Blog, Istana Budaya, Promo, Siti Nurhaliza |
    comment 2 Comments »

    Laman Santai, hiburan tempat terbuka sambil menikmati pelbagai juadah enak setiap Sabtu di Laman Beringin, pekarangan Istana Budaya (IB) dan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur akan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkemuka tanah air pada 21 Jun 2008 (Sabtu), 8.30 malam.

    Bersempena meraikan sambutan Hari Seniman Kebangsaan, Laman Santai anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) itu bakal membariskan artis-artis veteran seperti R. Ismail dan Datuk Aziz Sattar, selain Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search dan Sara Loo.

    Acara mingguan dengan tema ‘Gema Suara Seniman’ ini diserikan dengan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Persembahan turut diiringi Band Nasir & The Melodies, pimpinan anak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, iaitu Nasir P. Ramlee.

    Gema Suara Seniman merupakan satu penghargaan IB kepada warga seniman seni pentas yang telah menabur jasa di persada seni tanah air. Kali ini selain artis-artis baru, Laman Santai tidak pernah lupa membawakan artis-artis veteran yang juga mempunyai ramai peminat. Sekurang-kurangnya penampilan mereka merupakan nostalgia yang terus dikenang dan diingati hingga ke hari ini.

    Penampilan R. Ismail sudah pasti menggamit memori silam dengan lagu-lagu nyanyiannya yang banyak disiarkan dalam filem-filem Melayu Klasik menerusi lakonan Nordin Ahmad. 

    R. Ismail, 72, merupakan Bintang Radio Televisyen Singapura (RTS) 1975 dan telah dianugerahkan Bintang Lagenda Seri Pentas Singapura 2007. 

    Sehubungan itu, Istana Budaya menjemput semua warga kota dan khalayak peminat muzik tanah air ke Laman Santai pada 21 Jun, Sabtu ini, jam 8.30 malam. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan persembahan.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Gambar Peminat Jaclyn Victor di AIM14
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!