in ,

Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Wan Elyas Dalam Drama Cinta Batu Belah

CINTA BATU BELAH MERUNTUN JIWA

Slot Lagenda di TV3, terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Jika sebelum ini mempertaruhkan drama – drama bersiri seperti Ali Din, Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri, terbaru, ”Cinta Batu Belah” akan menghiasi slot Lagenda ini. Drama bersiri yang diadaptasi dari hikayat lagenda, Batu Belah Batu Bertangkup tetapi diolah dalam versi moden ini akan menemui penonton mulai 13 Oktober 2008, setiap hari Isnin- Khamis jam 4.30 petang dan pada jam 8.30 malam di TV9.

Cinta Batu Belah menampilkan barisan pelakon seperti Elly Mazlein (Safiya), Shahrul Kamaludin (Sufian), Amyza Adnan (Kamariah), Mak Ungku (Naemah), Fezrul Khan ( Dr. Azmi), Wan Elyas (Firkan) Linda Hashim (Natrah), Adik Farhana Kisnina dan Adik Haikal.

Cinta Batu Belah ini bermula dengan pertemuan antara Safiya dan Sufian yang menerbitkan bibit percintaan yang mendapat tentangan keluarga apabila Naemah, ibu Safiyyah mula memasang angan-angan hendak menjodohkan Safiyyah dengan Nik Hisyam.  Namun, Safiyyah nekad untuk membelakangkan keluarganya dan menikahi Sufian walaupun natijahnya, dia dibuang keluarga.

Berazam untuk memulakan hidup baru, Safiya tinggal bersama Sufian dan ibu mertuanya yang sudah uzur di sebuah rumah kecil yang disewa. Sufian bekerja keras menyara keluarga mereka sementara itu Safiya terpaksa menjaga ibu mertuanya yang semakin tenat. Kehadiran cahaya mata pertama mereka, Natrah menyerikan rumahtangga mereka. Namun, badai mula melanda apabila Sufian bertemu kembali dengan Kamariah rakan sekampung yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan membangkitkan perasaan cemburu di hati Safiah.

Ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua,  Safiya mengidamkan daging rusa dan demi memenuhi permintaan isterinya itu, Sufian pergi ke hutan untuk memburu rusa. Malangnya, kemalangan telah berlaku dan menyebabkan Sufian terkorban. Tertekan dengan tragedi yang menimpa hidupnya, Safiya cuba untuk kembali berbaik dengan Naemah namun ibunya tetap tidak mahu menerima mereka anak-beranak. Terpaksalah Safiya mengharungi pelbagai derita dan tohmahan demi menyara kedua anak- anaknya yang masih kecil itu.

Suatu hari, Safiya membeli sate daging rusa yang telah ditempah seminggu awal. Dia membawa pulang sate daging rusa tersebut dan menyuruh Natrah menyimpan secucuk untuknya sementara dia pergi bersolat. Selesai bersolat, dia dikejutkan oleh jiran dengan keadaan Opah Uteh yang sesak nafas. Dalam keadaan tergesa-gesa Safiyah meninggalkan rumah dan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak menghabiskan makanan tersebut. Sekembalinya di rumah, Safiya terduduk lesu apabila dikhabarkan oleh Natrah bahawa Fikran begitu tamak menghabiskan semua sate daging rusa tersebut walaupun telah ditegah. Sayu mengenangkan sikap anak-anaknya, Safiya terus merajuk dan keluar dari rumah.

Kisah menyayat hati dan penuh dengan pengajaran ini berterusan dengan babak-babak yang meruntun perasaan seterusnya. Kemuncaknya di mana Safiya akhirnya telah tergelincir dan jatuh ke dalam lombong. Maka tinggallah dua beradik ini dengan penyesalan di atas sikap mereka sehingga menyebabkan ibu yang dicintai terkorban. Bagaimanakah kehidupan mereka setelah menjadi yatim piatu dan sebatang kara tiada tempat untuk bergantung? Mahukan nenek mereka, Naemah memelihara mereka atau masih adakah insan lain yang sanggup menghulurkan pertolongan kepada dua adik beradik malang ini?

”Cinta Batu Belah merupakan jalan cerita yang menarik. Nilai moral dan pengorbanan amat tinggi diserapkan dalam drama ini untuk dijadikan sebagai pedoman kepada anak-anak muda masakini supaya mendengar kata dan tidak melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi,” ulas Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.


[tags]Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Amyza Adnan, Kamariah, Mak Ungku, Naemah, Fezrul Khan, Wan Elyas, gambar, Linda Hashim, kiss, Farhana Kisnina, Adik Haikal, isu gaji, galeri produk, marang, pemilihan umno, banduan, aids, menteri dalam negeri, drama lucah, Drama Cinta Batu Belah[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Swordfish Lakonan Hugh Jackman, John Travolta di 8TV

Temui Artis KRU di Rumah Terbuka KRU 2008