in , , ,

Gambar Anuar Zain, Ella, Ning Baizura, Faizal Tahir Dalam GhazalRock

Buat pertama kalinya disiarkan di televisyen, ‘GhazalRock’ menjanjikan sesuatu yang lain daripada lain. Selama 60 minit, program ini menyaksikan para artis jemputan seperti Ning Baizura, Faizal Tahir, Anuar Zain dan Ella mendendangkan lagu traditional termasuklah lagu-lagu kontemporari popular diiringi alunan muzik daripada kumpulan Jinbara bersama pancaragam ghazal.

Menampilkan gandingan dua pengacara popular, Ally Iskandar dan Faizal ‘FBI’ Ismail, ‘GhazalRock’ membuka tirai dengan Faizal Tahir menyanyikan lagu “Empat Dara” yang dipopularkan oleh Noraniza Idris, diikuti Ella yang mendendangkan lagu “Janji”. Jinbara akan mempersembahkan “Dia Datang” yang diberi sentuhan unik oleh Tiar, penyanyi kumpulan Jinbara.

Anuar Zain bakal mendendangkan secara solo lagu “Kamelia” (Ramli Sarip/Sweet Charity) sementara Ning Baizura membawakan lagu “Kesal” berirama rock. Mereka kemudiannya akan bersama-sama mengalunkan lagu “Penawar Rindu” yang cukup sinonim dengan Datin Orkid Abdullah. Faizal Tahir dan Ella pula akan membawakan lagu “Fantasia Bulan Madu”. Selepas itu, Jinbara akan menunjukkan kehebatan mereka dengan lagu “Zakiah”.

Idea untuk menghasilkan program raya seperti ini timbul bagi menambahkan variasi kepada program-program raya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

‘GhazalRock’ melabuhkan tirai dengan persembahan akhir daripada kesemua artis jemputan yang akan sama-sama mendendangkan lagu Raya evergreen, “Selamat Hari Raya”. ‘GhazalRock’ akan ditayangkan pada Hari Raya kedua, jam 10 pagi di TV3. – GUA

kredit pic – mstarlonline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penari Adam Corrie Lee Bertunang 17 September

Lirik Lagu Dibius Cinta Dari Melly Goeslow dan Yusri KRU Cicakman 2