in

Penari Adam Corrie Lee Bertunang 17 September

Budiey ada dengar cerita koreografer terkenal Adam Corrie Lee akan bertunang dengan pilihan hatinya, Fiza, pada 17 September ini. Majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Alor Setar, Kedah. Perancangan selebihnya masih dalam perbincangan. Mereka bertemu minggu lepas pada hari ketiga Ramadhan. Uik, baru lagi ni ya.

Cinta datang dari mata, dari mata turun ke hati. Bila kita berjumpa dengan seorang yang cantik dan molek mata memandang, maka hati berkata, oh itulah orang yang kita cari selama ini…

“Apabila tengok dia, saya akan berasa tenang. Allah sudah kurniakan jodoh kepada saya dan bila hati saya dan hati dia sudah berkenan, apa salahnya kalau disatukan secepat mungkin.”

Selamat bertunang ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Mini Karnival 8TV Sempena Sambutan Pesta Kuih Bulan

Gambar Anuar Zain, Ella, Ning Baizura, Faizal Tahir Dalam GhazalRock