in , ,

Gajet Hantaran Perkahwinan Pilihan Sam Shaheizy & Syatilla

Selain barangan kemas, telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar turut menjadi pilihan hantaran bagi pasangan pengantin muda yang celik teknologi.

Kebelakangan ini, adat perkahwinan telah dilengkapkan dengan gaya hidup serba moden, dan amat ketara dalam tradisi pemberian hantaran. Dalam era ini di mana teknologi serta inovasi berkembang pesat, pemberian hantaran berupa gajet-gajet seperti telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar dilihat menjadi trend di kalangan pasangan muda hari ini.

Still photo (23)

Sam Shaheizy dan Syatilla merakam detik kenangan mereka dengan Samsung Galaxy Note5

Gajet Sebagai Hantaran: Pilihan Generasi Muda untuk Majlis Perkahwinan

[dropcap]J[/dropcap]usteru, mengapa trend pemberian gajet sebagai hantaran ini terus berkembang? Ini kerana generasi muda membesar dengan peralatan elektronik; dan dengan kemajuan teknologi terkini, masyarakat kini berada di kemuncak sosial mereka dan lebih banyak berhubung berbanding dulu. Dengan peningkatan kualiti telefon pintar hari ini dan kewujudan platform media sosial yang pelbagai, segala pengalaman baru boleh dirakamkan dan dikongsi ke seluruh dunia menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Instagram.

Golongan selebriti Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengikuti trend hantaran moden ini – ramai di antara mereka memilih gajet-gajet untuk dijadikan hantaran perkahwinan. Sebagai contoh, pada majlis perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla serta Anzalna Nasir dan Hanif Zaki yang mendapat liputan meluas baru-baru ini. Pasangan berkenaan bertukar hantaran gajet terkini iaitu Samsung Galaxy Note5, Tab S2 dan Gear S2. Kedua-dua pasangan yang sangat terkenal itu sering muncul di kaca televisyen. Sebagai pasangan selebriti yang berjaya dalam industri hiburan Malaysia, gajet mudah alih yang sempurna dan berkepelbagaian membolehkan mereka sentiasa berhubung dengan peminat-peminat, sekaligus merapatkan jurang antara selebriti dan peminat.

Dengan segala perhatian serta tumpuan pada majlis perkahwinan mereka, tidak hairanlah pasangan berkenaan memilih gajet ternama untuk dijadikan hantaran kepada satu sama lain. Kedua-dua pasangan terkenal itu menjelaskan bahawa peluang untuk merakamkan hari terbahagia mereka tambah bermakna apabila dapat berkongsi setiap detik dengan cara yang kreatif dan mudah, menggunakan Samsung Galaxy Note5 yang didatangkan S Pen.

Seiring dengan perkembangan adat perkahwinan dalam era digital masa kini, terdapat banyak pilihan yang ditawarkan oleh jenama-jenama besar seperti Samsung yang menarik dan kreatif untuk dijadikan hantaran. Malahan, dengan pengenalan terbaru Samsung Galaxy Note5 dalam warna “Pink Gold”, hantaran perkahwinan kini kelihatan semakin pintar, menawan dan canggih.

Still photo (31)

Still photo (37)

Still photo (44)

Gajet Sebagai Hantaran: Pilihan Generasi Muda untuk Majlis Perkahwinan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hikayat Seribu Satu Malam di Royal Mansour, Marrakech

Cabaran Tema LAGU PITCH TINGGI Uji Kemampuan Peserta Bintang RTM