in , ,

Zynakal Mohon Maaf Persenda Orang Sarawak, Niat Hanya Bergurau Dengan Yonnyboii

Kerana mulut badan binasa. Tapi tuan mulut dah minta maaf. Tidak mengapa. Pada Rabu yang lalu, 28 Mei 2021, penyanyi Zynakal telah menulis di ruangan komen posting Instagram milik penyanyi Yonnyboii. Komen yang ditulis oleh Zynakal merupakan perkataan ‘UGA UGA’ yang membawa maksud goyang di dalam Bahasa Tagalog. Namun komen tersebut telah disalah tafsir dan Zynakal dikatakan seolah-olah mempersendakan warga Sarawak.

Sebelum ini, Ryzal Ibrahim yang ‘bergurau’ dan menyentuh sensitiviti masyarakat Iban bersama isterinya yang berasal dari Korea iaitu Maryam mendapat kecaman netizen. Hal ini menunjukkan isu yang berkaitan bangsa, pakaian dan budaya sangat sensitif.

Terbaharu, penyanyi Zynakal turut dikecam oleh netizen kerana meninggalkan komen ‘uga-uga’ di perkongsian gambar Yonnyboii yang berpakaian baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

Penyanyi Zynakal akhirnya tampil memohon maaf dan menjelaskan lebih lanjut berikutan dakwaan meninggalkan komen seolah-olah memerli orang Sarawak menerusi foto yang dimuatnaik oleh rakannya yang juga penyanyi iaitu Yonnyboii yang berkongsi gambarnya suatu ketika dahulu memakai pakaian tradisional Iban.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat oleh Zyn menerusi Instagramnya pada malam tadi.  Kata Zyn, dia sebenarnya tak ada sebarang niat pun untuk mempersendakan atau memperlekehkan budaya dan orang Sarawak. Malah komen ‘Uga-uga’ yang ditulisnya itu merujuk gurauan kepada Yonny sahaja.

Zynakal Mohon Maaf Persenda Orang Sarawak, Niat Hanya Bergurau Dengan Yonnyboii

“Tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga sarawak, maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya. all love all peace” tulis Zyn

Di ruangan komen, rakan-rakan selebriti seperti Ismail Izzani,Andi Bernadee, Sufi Rashid dan ramai lagi memuji sikap Zyn yang tampil memohon maaf maaf dan turut berkata sebagai manusia biasa pasti tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Terdahulu, media melaporkan Zyn menjadi ‘sasaran’ kecaman netizen selepas segelintir daripada mereka menyifatkan komen itu seperti sebuah sindiran yang merujuk kepada mereka yang berada di era dahulu yang lazimya dikaitkan dengan istilah ‘orang zaman batu’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar | 17

Dakwaan Ada Hubungan Dengan Menteri, Mawar Dedah Gambar Siap Dalang Sebar Berita Palsu

Marsha Milan | 18

Marsha Akhirnya Jawab Spekulasi, Dedah Alasan Rahsiakan Dirinya Positif COVID-19