in ,

Dakwaan Ada Hubungan Dengan Menteri, Mawar Dedah Gambar Siap Dalang Sebar Berita Palsu

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd Khairuddin ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan sebarang komen daripada pemilik jenama tudung Fareeda itu masih belum berhasil selepas dia tidak membalas mesej.

Mawar Dedah Siapa Dalaang

Dalam perkembangan terkini, Mawar telah memuat naik beberapa gambar dalam IG sory mendedahkan isi perbualan untuk mengenakan dia dan menteri terbabit

Dakwaan Ada Hubungan Dengan Menteri, Mawar Dedah Gambar Siap Dalang Sebar Berita Palsu

Mawar juga berkongsi gambar individu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan dakwaan ini, tapi dia menegaskan ia tidak melibatkan Tun M

“Tak sangka salah “seorang” antara yang menjadi orang “suruhan” Dato penulis/penyebar/ pereka cerita2 fitnah orangnya salah seorang dalam gambar ini Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jaya nya” tulis Mawar di IG Story beliau

Menurut Mawar lagi, Tun M tiada kena mengena dalam hal ini dan berpesan untuk tidak libatkan Tun M.

Dakwaan Ada Hubungan Dengan Menteri, Mawar Dedah Gambar Siap Dalang Sebar Berita Palsu

Datuk Khairuddin membuka mulut menjawab isu kontroversi yang mengaitkan dirinya ketika ini

DATUK Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan khabar angin yang mendakwa beliau menjalin hubungan dengan usahawan wanita, yang dipercayai bekas isteri seorang pelakon.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu juga menafikan beliau ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus daripada parti Pas itu juga berkata kisah sensasi yang mengaitkan dirinya ketika ini tidak benar dan bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik terdahulu mengesahkan Mohd Khairuddin diperiksa di SJR Perasing pada 16 Mei lalu.

“Beliau bersama penumpang lain ketika itu. Perkara ini telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Bukit Aman,” katanya.

Isu Khairuddin diperiksa di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang selebriti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Inisiatif Pemerkasa Plus Yang Diumumkan Perdana Menteri

Zynakal Mohon Maaf Persenda Orang Sarawak, Niat Hanya Bergurau Dengan Yonnyboii