in ,

Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat, Ibu Kandungnya Seorang Pengemis

Penyanyi Zynakal membuat pendedahan secara eksklusif apabila dirinya merupakan seorang anak angkat dan langsung tidak mengenali ibu dan bapa kandungnya.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut ketika berusia 10 tahun semasa dibawa ke balai polis kerana mencuri yoyo.

“Ketika berada di balai polis, barulah ibu memberitahu yang saya merupakan anak angkat. Selepas itu, saya terus menangis kerana merasakan suatu kehilangan dalam diri saya.

“Selama ini saya rasa ibu adalah emak saya yang sebenar. Saya akui memang sukar untuk menerima hakikat tersebut, apatah lagi saya diberitahu ibu kandung saya seorang pengemis,”

– Zynakal

Penyanyi berkenaan membuat pendedahan berkenaan menerusi satu rakaman eksklusif yang disiarkan di saluran YouTube Indigital Music baru-baru ini.

Menurutnya, dia dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dilahirkan apabila ibu kandungnya menyerahkannya kepada ibu angkatnya itu untuk dibesarkan.

Dalam pada itu, Zynakal menyatakan sekiranya mempunyai rezeki yang lebih, dia memang merancang untuk mencari kedua-dua ibu bapa kandungnya.

“Buat masa ini belum tiba masanya lagi kerana sehingga kini saya masih belum dapat balas lagi jasa ibu angkat yang telah membesarkan saya,”

– Zynakal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat Tunai Umrah Berpakaian Wanita, Ini Komen PU Amin & Netizen

“Kes Sajat Berpakaian Wanita di Mekah Telah Dibawa Ke Pihak Atasan,” – PU Amin