in , ,

Zulin Aziz Bakal Menikah dengan Farhan Pada Bulan Ogos Ini

Sama sama kita doakan semoga segala apa yang diatur dan dirancang oleh Zulin Aziz terlaksana dan diberikan kelancaran.

Sebelum ini, pelakon, Zulin Aziz dilihat sering kali memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Rata-rata netizen turut mendakwa Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan tesebut selepas mereka dipercayai sudah melakukan sesi photoshoot ‘pre-wedding’ baru-baru ini.

Zulin Aziz Bakal Menikah Pada Ogos Ini

Terbaru, Zulin memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujang pada bulan Ogos nanti. Tahniah!

Zulin Aziz Bakal Menikah Pada Ogos Ini

Menerusi satu rakaman video di Instagram, Zulin dan pasangannya iaitu Farhan bakal mengumumkan tarikh istimewa mereka di Instagram Story hari ini. Menurut Zulin, mereka berdua telah sepakat memilih bulan Ogos nanti sebagai hari paling bersejarah dalam hidup mereka. Namun begitu, Zulin masih merahsiakan tarikh sebenar mengenai majlis akad nikahnya itu.

Terdahulu, Zulin memohon supaya netizen mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen dan rakan artis turut memberi ucapan tahniah buat Zulin dan Farhan sebaik sahaja kedua-dua mereka mengumumkan berita gembira tersebut. Mereka berharap urusan Zulin dan Farhan nanti dipermudahkan oleh Allah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah Ditunda, Akhirnya Filem James Bond NO TIME TO DIE Bakal Ditayangkan 8 Oktober Ini

Pelajar UiTM Raih Tempat Pertama Di Dunia Dalam Peperiksan ACCA