in ,

Zulin Aziz Juara Perang Bibir Final

Menampilkan 24 artis popular Malaysia sebagai contender yang menggayakan semula lagu-lagu hits dari carta lagu tempatan dan antarabangsa, program hiburan popular TV9, Perang Bibir telah meraikan Zulin Aziz sebagai juara di episod akhir yang disiarkan pada 18 Mei 2017.

Dikenali dengan perwatakannya yang lucu, ceria dan happy go lucky, Zulin Aziz telah membawa pulang sebuah trofi, hadiah wang tunai sebanyak RM 30,000 dan baucar penginapan 3 hari 2 malam tajaan Swiss Garden Beach Resort Kuantan.

Zulin Aziz - Juara Perang Bibir 2017

RM 30,000 MILIK ZULIN AZIZ!

Perang Bibir Final menyaksikan persaingan sengit antara Zulin Aziz, Neera Azizi dan Ryzal Jaafar. Masing – masing mempunyai kekuatan dan tarikan tersendiri, persembahan lip sync mereka sangat menghiburkan sepanjang satu jam program bersiaran.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Zurina Othman, “Sepanjang program ini bersiaran untuk tiga bulan, Perang Bibir berjaya meraih 1.7 juta penonton di episod akhir dan #PerangBibir turut menjadi perbualan hangat di laman sosial. Sambutan hangat dan respon positif yang diterima daripada penonton TV9 merupakan hadiah terbaik buat 24 artis popular dan krew penerbitan yang bertungkus – lumus menjayakan program ini. Jutaan terima kasih atas komitmen dan semangat yang dipamerkan oleh rakan-rakan artis dan krew produksi Perang Bibir. Insya Allah, Perang Bibir akan kembali dengan pengisian lebih menarik pada masa hadapan.”

Perang Bibir 2017 melabuhkan tirai

Zulin Aziz, Neera Azizi dan Ryzal Jaafar telah diberikan tiga cabaran iaitu persembahan lip sync secara berduet dengan artis pilihan, lip game ‘Whisper Challenge’ dan persembahan lip sync secara solo dengan lagu pilihan sendiri. Para penonton juga dihiburkan dengan persembahan istimewa ‘Yellow Claw” oleh Raja Lip Sync, Ucop dan ‘Bintang Hati’ daripada Amy Mastura.

Persembahan mereka ditentukan oleh penilaian markah daripada juri jemputan iaitu Amy Mastura dan Raja Lip Sync, Ucop sebanyak 50% dan 50% daripada sorakan atau jeritan penonton studio. Dalam segmen pertama, Zulin Aziz menampilkan Ain Sufia dalam persembahan lagu Ayda Jebat ‘Nakal, Nakal, Nakal’. Walaupun dikerumuni kumpulan penari, Zulin Aziz masih berjaya menjadi tumpuan mata penonton dan menerima komen positif daripada Amy Mastura dan Ucop.

Neera Azizi yang diberikan lagu Cindai telah memilih Mustaqim Bahadon sebagai pasangan duet dalam persembahannya. Neera Azizi perlu lebih teliti dalam gerakan bibir dan juga menjaga ekspresi muka semasa nada tinggi, malah dia juga harus berinteraksi dengan penonton.

Ryzal Jaafar telah beraksi dengan artis jemputannya, Syazwan Zulkifly menerusi lagu rancak, ‘Party Rock Anthem’. Amy Mastura memberikan komen bahawa Ryzal perlu menonjol dalam kalangan penari dan bukan menjadi bayang. Ucop turut mengingatkan Ryzal untuk mengutamakan lip sync kerana perkara itu yang menjadi penentuan dalam pertandingan ini. Zulin Aziz telah mendahului sebanyak 82 markah manakala Neera (73 markah) dan Ryzal (67 markah) di segmen pertama itu.

Seterusnya, Zulin, Neera dan Ryzal perlu meneka perkataan yang dibisik oleh Amy Mastura dan Ucop dengan memakai fon kepala yang telah dipasang muzik yang kuat dalam lip game – Whisper Challenge. Neera telah disingkir awal dan gagal meraih sebarang markah. Sekali lagi, Zulin menjadi pemenang dan meraih 25 markah manakala Ryzal mendapat 10 markah dalam segmen kedua itu.

Para penonton terus dihiburkan dengan persembahan lip sync solo daripada Zulin Aziz, Neera Azizi dan Ryzal Jaafar di segmen terakhir. Lagu hits Beyonce, ‘Listen’ menjadi pilihan Zulin Aziz, Neera Azizi mempertaruhkan lagu popular Lady Gaga, ‘Bad Romance’ dan Ryzal Jaafar pula memilih lagu Projektor Band, ‘Sudah Ku Tahu’.

Zulin Aziz berjaya memukau penonton walaupun hadir tanpa penari dan penggunaan props di pentas. Neera Azizi pula dapat menguasai pentas dengan baik selepas mengambil kira tentang nasihat daripada Amy Mastura dan Ucop. Persembahan Ryzal Jaafar juga menerima pujian daripada para juri apabila berjaya menepati kriteria lip sync dan pandai mengawal emosi dalam melodi lagu.

Akhirnya, Perang Bibir 2017 melabuhkan tirainya dengan pengumuman Zulin Aziz sebagai juara. Beliau tidak menjangka kemenangan tersebut. Semasa pusingan kelayakan, Zulin hanya dapat mengumpul enam peminat tetapi beliau bersyukur dengan rezekinya sehingga mara ke episod akhir. Zulin Aziz mendedikasikan kepada keluarga dan kelab peminatnya yang sentiasa menyokong dan membakar semangat sepanjang penglibatan dalam industri seni.

Sidang produksi Perang Bibir 2017 diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit. Program ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Dennis Yin telah bersiaran selama 12 episod di TV9. Anda masih boleh menontonnya menerusi portal video Nombor Satu Malaysia, www.tonton.com.my. Di youtube TV9Malaysia pula, pelbagai klip menarik disebalik tabir turut dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Gunakan hash tag #PerangBibir untuk menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Episod Akhir - Whisper Challlenge bersama dengan Amy Mastura dan Ucop

Amy Mastura - Bintang Hati

Zulin Aziz - Nakal Nakal Nakal

Zulin Aziz - Listen

Ryzal Jaafar - Sudah Ku Tahu

Ryzal Jaafar - Party Rock Anthem

RM 30,000 menjadi milik Zulin Aziz

Raja Lip Sync Ucop dan Amy Mastura tampil sebagai juri

Persembahan istimewa daripada Raja Lip Sync, Ucop

Neera Azizi - Cindai

Neera Azizi - Bad Romance

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yang Best Tentang HOUSE OF CARDS di Netflix

Pengarah James Cameron Disaman Meniru Cerita Filem Titanic