in ,

Zulin Aziz Hilang Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz

Mulanya dia tidak mahu memperbesarkan cerita namun tahap kesabarannya semakin tercabar. Lantas memaksa pengacara Zulin Aziz, 25, terpaksa menggunakan Instagram untuk mendedahkan identiti individu yang menuduhnya menggunakan bomoh bagi mendapatkan cinta anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz kerana menganggap fitnah tersebut melampaui batas.

Memetik laporan mStar online, Zulin berkata, serangan daripada individu yang menggunakan nama @sitifatimahlufias88 terhadapnya sudah beberapa kali berlaku sehingga membuatkan dia hilang sabar.

“Saya cuba untuk tidak memperbesarkan isu ini tetapi sampai menuduh saya menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan cinta lelaki… bagi saya itu melampau dan mampu menjatuhkan maruah saya.

“Atas sebab itu juga saya bertindak mendedahkan individu berkenaan di Instagram saya agar dia dapat menghentikan perbuatan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Zulin berkata, motif individu berkenaan kerana cemburu keakrabannya dengan Ariz selain berusaha untuk melihat mereka bermusuhan.

Difahamkan Ariz juga turut diganggu oleh wanita sama yang terlalu fanatik dengan penyanyi itu.

Sementara itu, menjelaskan hubungannya dengan Ariz, Zulin menegaskan mereka hanya sekadar sahabat baik dan tidak pernah mempunyai hubungan istimewa.

Sumber: Malaysian Digest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Viral Humood AlKhuder Fenomena Dubsmash

Peraduan Tayangan Premiere Filem TERMINATOR GENISYS 3D