in ,

Zul Ariffin Alami Tekanan Darah Tinggi Kini Berehat di Rumah

Pelakon Zul Ariffin, 35, berdepan detik cemas apabila terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor, pada Ahad.

Pengurus kepada Zul Ariffin iaitu Afdal Shahizad menyatakan pelakon filem Sangkar itu sedang berehat. Katanya, Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Damansara ekoran masalah tekanan darah tinggi atau hypertension.

“Zul mengalami hypertension but all good lepas jumpa doktor. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah sahaja,”

– Pengurus zul

Difahamkan, Zul ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang. Terdahulu, Zul berkongsi hantaran gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan: “Rest jap,” tulisnya ringkas. 

Zul Ariffin Alami Tekanan Darah Tinggi Kini Berehat Di Rumah
Zul dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami tekanan darah tinggi, pada petang, semalam.

Sebelum ini, Zul berkongsi sekeping fotonya terlantar di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanannya di Instagram Stories miliknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad | 22

Sinopsis Telefilem CINTA RAMADAN & drama sekuel DANNY di Astro Prima

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

Jom Terbang dengan AirAsia Sempena Pembukaan Perjalanan Domestik