in ,

Zizan Razak Titip Pesanan Buat Bakal Suami Mira Filzah

Mendoakan yang terbaik buat pelakon Mira Filzah dan bakal suaminya, Wan Emir Astar, pelawak Zizan Razak turut menitip pesanan buat pasangan itu yang bakal melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi.

Menerusi ucapan itu, Zizan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu dan dikurniakan anak yang baik serta meminta agar mendoakan untuk dirinya.

“Kepada bakal puan Mira Filzah, saya Zizan Razak ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan saya doakan yang terbaik untuk Mira dan juga bakal suaminya.

“Saya doakan supaya kekal hingga Jannah, mendapat anak yang baik, menjadi keluarga yang baik dan juga harmoni. Doakan juga untuk saya,” ujarnya.

Zizan Razak

Dalam pada itu, Zizan berkata dia tidak mempunyai masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan Mira sekiranya menerima undangan.

“Seharusnya saya datang, pernikahan harus diraikan dengan kemeriahan,” katanya.

Terdahulu, Zizan pernah digosipkan memiliki hubungan istimewa dengan Mira, bagaimanapun Mira pula mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan dengan mana-mana rakan artis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Kongsi Foto Aisha Amaira Pada Usia Dua Minggu

Harris Annuar & Rhys William Ajar Anda Cara Untuk Berniaga