in , ,

Zizan Razak Sahut Cabaran Kemudi Konsert STAGE 104

Penyanyi tersohor dan bintang ‘BBNU’ popular tanah air bakal hibur malam hujung minggu dalam program terbaharu terbitan Astro Ria mulai Jun ini

Program ‘Stage 104’ ialah sebuah program hiburan berkonsepkan konsert eksklusif hujung minggu bersama barisan artis jemputan solo dan berkumpulan yang terdiri daripada penyanyi ‘otai’ tersohor dan bintang ‘BBNU’ popular tanah air iaitu Dato’ Awie, Spider, Ruffedge, Aisyah, Ramlah Ram, May, Lah Ahmad, Liza Hanim, Floor 88, De Fam, Naim Daniel, Aina Abdul dan Ismail Izzani.

STAGE 104

Sepanjang lapan minggu, konsert mingguan ‘Stage 104’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Zizan Razak selaku hos program yang akan mencungkil rahsia peribadi atau cerita-cerita ‘panas’ dan sensasi barisan artis jemputan yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini serta mengimbau semula perjalanan pahit manis mereka sepanjang bergelar anak seni. 

Uniknya lagi tentang program ini, para penonton juga boleh mendapatkan paparan lirik lagu di skrin televisyen sewaktu artis jemputan sedang membuat persembahan dengan hanya menekan butang kemudahan sarikata di dekoder Astro.

STAGE 104

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Aya Real Food

Aktiviti Kolam Renang & Sukan Air Dibenarkan Mulai 25 Jun Ini