Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Terbanyak ABPBH 2014

Tahniah Budiey ucapkan buat pelakon dan pelawak Zizan Razak yang telah menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014). Zizan Razak tersenarai bagi empat kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.

Manakala menerusi kategori dalam talian, Zizan dicalonkan bagi kategori Artis Lelaki Stailo. Pengumuman lima finalis akhir ABPBH 2014 diadakan di Hotel Royale Chulan di sini pada Selasa.

ABPBH 2014 akan diadakan pada 5 April depan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang dan akan bersiaran menerusi TV3. Tema ABPBH 2014 ialah ‘Cinta’.

Dalam pada itu, Zul Ariffin menerima tiga pencalonan iaitu bagi Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Lelaki Stailo dan Gandingan Serasi Di Layar bersama Ayda Jebat.

Manakala sembilan orang artis lain menerima dua pencalonan iaitu Aaron Aziz (Pelakon Filem Lelaki Popular/Pelakon TV Lelaki Popular), Adi Putra ( Pelakon Filem Lelaki Popular/ Pelakon TV Lelaki Popular), Neelofa (Pengacara TV Wanita Popular/Artis Wanita Stailo), Sharnaaz Ahamad ( Pelakon TV Lelaki Popular/ Artis Paling Kantroversi) dan Ayda Jebat (Artis Baharu Wanita Popular/Gandingan Serasi Di Layar).

Turut tersenarai, Akim Ahmad (Penyanyi Lelaki Popular/Artis Duo Berkumpulan Popular), Atikah Suhaime (Pelakon TV Wanita Popular/Pelakon Filem Wanita Popular), Siti Saleha (Pelakon TV Wanita Popular/Pelakon Filem Wanita Popular) dan Jihan Musa (Pengacara TV Wanita Popular/ Pelakon Komedia Wania Popular).

Sementara itu, ABPBH turut menampilkan nama-nama baharu yang berjaya menjadi lima calon terbaik seperti Amar Baharin (Pelakon TV Lelaki Popular), Puteri Balqis (Artis Baharu Wanita Popular), Heliza Helmi (Pengacara TV Wanita Popular), Asfan (Penyanyi Lelaki Popular) dan Ifa Raziah (Artis Komedi Wanita Popular).

Bagi kategori Penyanyi Wanita Popular terdiri daripada Adira, Alyah, Dayang Nurfaizah, Fyn Jamal dan Stacy. Manakala Penyanyi Lelaki Popular terdiri daripada Aizat Amdan, Akim, Asfan, Hafiz dan Hazama.

Nama-nama lain yang turut dicalonkan ialah Datuk AC Mizal (Pengacara Lelaki Popular), Shaheizy Sam (Pelakon Filem Lelaki Popular), Syarul Ridzwan (Artis Baharu Lelaki Popular), Azheal ( Artis Duo/Berkumpulan Popular), Didie Alias (Pelakon Komedi Wanita Popular) dan Adibah Noor (Penyampai Radio Wanita Popular).

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 18 Februari hingga 25 Mac depan untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori sekali gus memilih Bintang Paling Popular 2014.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version