in , ,

Zizan Razak Menangis Anak Comel Jadi Kurus, Bantuan Sukar Kerana Covid-19

SEDIH. Itulah perkataan paling tepat yang dapat digambarkan tentang situasi kebanyakan pelarian di Syria terutamanya kanak-kanak, sejak berlakunya dari tahun 2011 hingga ke hari ini.

Di saat kanak-kanak di negara lain sentiasa mengukir senyuman, lain pula di Syria golongan ini terpaksa bertarung nyawa untuk hidup. 

Artis serba boleh, Zizan Razak meluahkan rasa sedih dan simpatinya terhadap kanak-kanak di Syria yang meninggal dunia kerana kebuluran.

“Anak kecil ini (Jana Hamza Abdel-Fattah, 2 tahun) tewas saat kebuluran yang terlalu menguji kehidupan saudara pelarian Syria kita di sana.

“Kehidupan di khemah pelarian sangatlah sukar tambah dalam suasana ujian COVID-19 yang menjadikan semua bantuan susah untuk diterima.

“Cabaran berjaya hidup hampir sama susahnya dengan saat mereka berdepan kematian kerana perjuangan untuk terus hidup juga merupakan satu ‘perang’ kepada anak pelarian ini hanya untuk dapatkan makanan dan tempat tinggal serta selimut sejuk.

“Saban hari jumlah pelarian semakin meningkat melebihi 6 juta dan jumlah kematian juga direkodkan semakin bertambah,” tulis Zizan menerusi Facebook dan instagramnya.

Zizan Razak Menangis Anak Comel Jadi Kurus, Bantuan Sukar Kerana Covid-19

Zizan juga menyatakan dirinya tidak sanggup melihat kanak-kanak yang sihat menjadi kurus dan ada yang meninggal dunia kerana kelaparan.

“Sungguh tidak sanggup untuk melihat anak kecil bumi Syam ini diuji dengan keadaan sebegini. Tidak tertahan air mata saat melihat anak yang comel menjadi kurus kerana tidak dapat makanan.

“Bertahan anak kecil Syria,insya Allah team RescueSyria MAPIM Malaysia hantar bantuan untuk kalian dalam masa segera.

“Ya kalian tidak keseorangan, insya Allah rakyat Malaysia sentiasa ada untuk bantu ringankan beban serta selamatkan kalian.

“Hulurkan sumbangan ringankan derita. Bantuan anda mampu selamatkan nyawa,” luah Zizan yang berharap bantuan daripada rakyat Malaysia sedikit sebanyak boleh mengurangkan kesengsaraan pelarian di Syria.

Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 bina rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM200 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM250 bantuan pendidikan

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan di akaun Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM). Nombor Akaun:  562834636987.

Semoga segalanya dipermudahkan.

*Sumber: WILAYAHKU

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Scha Al-Yahya Pilih Untuk Tidak Sembunyi Jantina Anak Kedua, Ini Jawabnya

Ini Senarai Lagu Separuh Akhir AJL 35, Lagu Mana Pilihan Anda?