in , ,

Scha Al-Yahya Pilih Untuk Tidak Sembunyi Jantina Anak Kedua, Ini Jawabnya

Pada Oktober 2020, genap 6 bulan usia kehamilan anak kedua pelakon dan peragawati Scha Al-Yahya dan suaminya aktor Awal Ashaari.

Umum mengetahui, pada usia berkenaan juga jantina bayi dalam kandungan itu sudah boleh dilihat menerusi ujian imbasan yang dilakukan di klinik atau hospital.

Dalam satu muat naik di laman Instagram Scha baru-baru ini, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan selepas soalan itu diajukan oleh salah seorang peminat.

Scha

Menurut Scha melalui program live tersebut, secara jujurnya beliau tidak mahu menyembunyikan jantina anak kedua mereka itu.

“Dah dua kali pergi check, tapi dia masih lagi tutup. Doktor kata you can’t see anything between the legs.” ujar Scha ketika ditanya tentang jantina bayi tersebut.

Jelasnya lagi, mungkin ia terlalu di peringkat awal susulan anak pertama mereka Lara Alana juga begitu sewaktu diperiksa.

“Dia suka menyorok, dia suka tutup, cover muka dia, macam kakak dia,” kata Scha

Bagaimanapun, Scha menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan serta berkongsi jantina bayi tersebut, selain memohon doa daripada orang ramai agar ia dipermudahkan.

Sumber daripada: Instagram Scha Al-Yahya

Sumber: IG Scha Alyahya

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Poovaa Tembusi Pasaran Muzik Melayu, Lancar Single Pertama Berjudul KARYA

Zizan Razak Menangis Anak Comel Jadi Kurus, Bantuan Sukar Kerana Covid-19