in

Zizan Razak Kini Miliki Restoran Burgerbyte

MEMILIKI restoran, sentiasa menjadi salah satu impian penerima anugerah Artis Komedi Lelaki Popular, Razizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak.

Namun, keterbatasan waktu sentiasa menghalangnya berbuat demikian. Sehinggalah pada pertengahan 2013, Zizan dan rakan kongsinya, En. Rostam Affendy Abd Rahim, terpanggil mengusahakan perniagaan restoran bersama.

Penggabungan mereka itu sangat menarik. Jika Zizan, namanya dikenali seantero Malaya, En. Rostam pula mempunyai pengalaman mengusahakan restoran sebelum ini iaitu Tam’s Place.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya sepakat untuk tampil dengan konsep restoran yang lari daripada kebiasaan konsep masakan panas yang diusahakan kebanyakan premis.

Dalam mencari idea, cerita tentang kehebatan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul menarik perhatian mereka.

Mengagumi hidangan Burgerbyte yang ringkas dan lazat termasuk konsep restorannya yang santai dan selesa, membuat Zizan dan rakan kongsinya terpanggil untuk membuka cawangan Burgerbyte atau menjadi Francaisi kepada jenama produk Burgerbyte Sdn Bhd.

Menawarkan kepelbagaian menu, dari masakan Barat merentas citarasa Italy tanpa mengenepikan keunikan masakan Asia, antara menu ‘signature’ Burgerbyte adalah Spaghetti, Pasta dan Westernize Nasi Arab.

Burgerbyte bersama visinya untuk menjadi ‘One of the big player in modern westernize F&B’ setakat ini mempunyai tiga outlet iaitu di Sentul, Senawang dan Damansara. Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan.

ZIZAN RAZAK

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. bukan ke zizan seorang chef dulu di sebuah hotel di trengganu sebelum menjadi pelawak terkenal tanah air? Jadi tidak hairan kalau dia gunakan rezeki yang ada untuk berkecimpung dalam industri pemakanan. Berbaloi dimasa depan.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Saingan Sengit Dalam Anugerah Industri Muzik 20

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem