in ,

Zizan Razak Kini Dilantik Menjadi Duta Permainan Mudah Alih FREE FIRE

Duta jenama selebriti Free Fire yang pertama di Malaysia menjemput ‘Survivors’ untuk meraikan amalan memberi di bulan Ramadan ini

Free Fire, permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di dunia pada 2020 dan 2019, sudah bersedia menyambut Ramadan dengan para pemainnya – dikenali sebagai ‘Survivors’ – di seluruh Malaysia menerusi acara Ramadan 2021. Dihasilkan dan diterbitkan secara global oleh Garena, Free Fire bakal menyajikan pelbagai aktiviti dan ganjaran hebat untuk rakyat Malaysia sepanjang bulan mulia ini, sambil kita menzahirkan amalan memberi.

Sejajar dengan acara ini, Garena turut memperkenalkan Zizan Razak sebagai duta jenama selebriti Free Fire yang pertama di Malaysia, sekaligus mengembangkan strategi Garena untuk menyediakan pengalaman sentuhan tempatan yang mengujakan kepada ‘Survivors’ di Malaysia.

Zizan Razak Duta Free Fire Malaysia Yang Pertama

Berkongsi kebaikan (dan hadiah! pada bulan) Ramadan ini

Acara Ramadan Free Fire menggalakkan ‘Survivors’ di Malaysia untuk berkongsi kebaikan antara satu sama lain dengan amalan memberi, lebih-lebih lagi pada masa ini di mana ramai daripada kita sedang berjauhan dengan insan tersayang. Dengan menyatukan komuniti dalamFree Fire, ‘Survivors’ dapat mengatasi jarak fizikal – untuk sama-sama mencipta kenangan dan detik menyeronokkan.

Mulai 6 Mei hingga 16 Mei, ‘Survivors’ dapat menebus hadiah setiap hari dan berkongsinya dengan rakan-rakan mereka, dengan menerima satu dan memberi satu hadiah sahaja setiap hari. Nantikan ganjaran hebat seperti ‘Custom Room Card’ dan beg galas ‘Verdant Soul’ bertemakan Ramadan, hanya pada 13 Mei.

Bagi menyemarakkan semangat memberi, ‘Survivors’ juga dapat memperoleh ganjaran pencapaian individu berdasarkan jumlah hadiah yang dikongsikan mereka. Serlahkan amalan memberi pada bulan Ramadan ini untuk mendapat pelbagai hadiah menarik seperti ‘Celadon Grail lootbox’ dan ‘Persia Prowess Bundle’.

Free Fire Ramadan_Play It Forward
‘Survivors’ boleh mendapat lebih item eksklusif dengan menebus hadiah untuk diri serta rakan-rakan mereka.

Di samping itu, ‘Survivors’ di Malaysia boleh sama-sama menghitung hari untuk Raya dengan memperoleh ‘bonus log-masuk’ yang hebat sebagai komuniti! Ia termasuk kad percubaan ‘weapon skin’ serta watak-watak kegemaran peminat.

‘Survivors’ juga akan menerima ganjaran dalam bentuk token Lemang bagi setiap perlawanan yang disertai, yang dapat ditukar dengan ‘M82B- Dragon Mob gun skin’ secara percuma sepanjang tempoh acara Ramadan 2021.

Belum habis lagi! Lebih hadiah eksklusif akan menanti ‘Survivors’ yang log masuk pada 13 Mei, di mana pemain yang bermain selama lebih 30 minit boleh mendapat ‘Magic Cube’ yang amat berharga, yang boleh ditukar dengan kostum ‘bundle’ pilihan mereka!

Malahan, keseronokan akan diteruskan selepas ‘Peak Day’ dengan misi Lanjutan Hari Raya. Dengan menyempurnakan misi, ‘Survivors’ juga dapat memiliki ‘Jungle Excursion skyboard’ eksklusif yang membolehkan mereka meluncur di langit dan memasuki medan perang dengan penuh bergaya!

Zizan Razak menjadi duta Free Fire Malaysia yang pertama

Garena juga mengumumkan pelakon, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak, dari rancangan      rancangan realiti tempatan popular, ‘Raja Lawak’ serta filem komedi aksi blokbuster ‘Polis Evo’, sebagai duta pertama Free Fire di Malaysia.

“Saya amat teruja untuk menjadi duta Free Fire yang pertama di Malaysia. Sebagai pelakon, saya berazam menghiburkan dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi rakyat Malaysia. Dengan Free Fire yang menetapkan piawaian untuk permainan kompetitif di Malaysia, saya berharap dapat menyertai gelombang e-sukan yang sedang berkembang pesat, dan membawa hiburan yang hebat ini kepada belia tempatan,” kata Zizan.

Zizan dipilih sebagai duta jenama Free Fire yang pertama di Malaysia disebabkan permintaan tempatan yang popular. Beliau akan menjadi wajah Free Fire di Malaysia bagi tahun 2021, dan akan muncul dalam pelbagai bahan pemasaran Free Fire, termasuk iklan TV, sebuah filem pendek eksklusif, dan video muzik yang masing-masing akan disiarkan di media sosial Free Fire seperti YouTube dan Facebook pada 8 Mei dan 13 Mei.

“Ia juga amat bermakna bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini pada bulan      Ramadhan, terutamanya dengan tema saling memberi dan berkongsi kebaikan. Saat-saat hebat sedemikian dapat mengeratkan persahabatan sesama rakan, dan kenangan yang mana kita sama-sama memberi sokongan kepada antara satu sama lain      pasti akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan, apabila kita menggamit memori lama suatu hari nanti,” kata Zizan.

Sertailah Zizan untuk berkongsi kebaikan di Ramadan ini dan acara-acara akan datang. Ikuti laman media sosial Free Fire (FacebookYouTubeInstagramTikTok) untuk maklumat terkini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Akan Menghapuskan Kata Laluan, Ganti Dengan 2FA

Syawal Ameng Lebih Bermakna Dengan Kemunculan AIDILFITRI YANG KU RINDU