in , ,

Google Akan Menghapuskan Kata Laluan, Ganti Dengan 2FA

Google dilaporkan akan menghapuskan kata laluan yang digunakan oleh semua pemilik akaun Google dengan menggantikannya dengan ciri yang lebih selamat iaitu ciri pengesahan 2 faktor (2FA).

Ciri 2FA itu akan diaplikasikan mandatori kepada semua pemilik akaun Google secara automatik. Google menyatakan bahawa peralihan ini perlu dibuat berikutan kata laluan dianggap sebagai ssesuatu yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan atas talian kerana ia mudah dicuri dan sukar diingati.

Pengesahan ciri 2 faktor akan menggunakan telefon pintar dengan nombor telefon yang disahkan penggunanya sebagai pengesahan bagi log masuk ke akaun Google mereka.

More factors means stronger protection, but we need to ensure users don’t get accidentally locked out of their accounts,” Google.

Ketika ini, ciri 2FA adalah ciri pilihan kepada pengguna pengguna Google untuk log masuk ke akaun mereka.

Sumber: PCWorld

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish & Tiz Zaqyah Disahkan Positif Covid-19

Zizan Razak Kini Dilantik Menjadi Duta Permainan Mudah Alih FREE FIRE