in

Zizan Razak Duta Produk Drive M7

Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar seorang pelumba kereta pacuan empat roda. Zizan berkata, cita-cita tersebut sudah lama diimpikan kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan jika mempunyai masa terluang.

“Sebenarnya, selain lakonan, sukan permotoran merupakan antara minat saya sejak dahulu lagi dan menjadi pelumba kereta pacuan empat roda merupakan impian saya. Malah ketika saya tinggal di kampung dahulu di Terengganu, saya sering berlumba motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan. Harap-harap, saya dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini,” katanya yang kini menjadi duta kepada produk aksesori kereta buatan Jepun, iaitu M7 dan Drive.

Selain itu, Zizan juga akan mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir untuk menjadi seorang pengarah filem satu hari nanti.

“Ya, macam-macam benda yang saya impikan dan inilah antara yang saya rancang untuk memperolehnya. Sekarang ini saya sedang mempelajari kerja-kerja di belakang tabir dan akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan. Selain itu, saya juga memiliki syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan.

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Zizan Razak Duta Drive 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Watie Elite & Joey Bersanding Kali Ke-2

Gambar Mizz Nina Untuk Muzik Video Terbaru