in ,

Zizan Nin, Emelda Rosmila, Fouziah Gous dalam Penunggu Gunung Raya

Pat-pat siku lipat,

Siapa cepat, dia dapat…

Dah tonton drama slot Seram – PENUNGGU GUNUNG RAYA?

Budiey dah tonton episod pertama yang disiarkan kat TV3 pada 15 Februari 2010 yang lalu. Satu je perkataan yang Budiey nak cakap kat sini… SERIAU HABIS!

Daripada maklum balas yang Budiey terima dari Facebook dan Fanpage Budiey.com, ramai yang berpendapat drama Penunggu Gunung Raya memang seram. Lebih seram daripada drama Jangan Tegur Lagi. Setuju?

Drama Penunggu Gunung Raya diterbitkan oleh Filmscape dan ada 13 episod kesemuanya. Diarahkan oleh pengarah yang cukup berbakat, Faizal Ishak dan diilhamkan oleh Alfie Palemo yang bertanggungjawab sebagai penulis skrip utama. Patutlah suspen.

Pada 11 Februari lalu, jam 3 petang, Budiey berkesempatan beramah mesra dengan para pelakon drama seram ini di Restoran Rama V – Fine Cuisine Thai di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Berada di restoran ni, seperti kita dah sampai kat Bangkok. Makanannya pun boleh tahan la.

Budiey27
Ini dia pengarah drama ni… Faizal Ishak

Hampir keseluruhan pengambaran babak drama ni dijalankan di kawasan Ulu Yam, Batang Kali dan dijayakan oleh pelakon hebat seperti Zizan Nin sebagai Azam, Emelda Rosmila sebagai Intan, Fouziah Gous sebagai Mas, Sahee sebagai Omar, Rosli Sako sebagai Tok Sumun, Rahhim Omar sebagai Lebai Awang, Ibu Aida, Atta Imran sebagai Dayak dan ramai lagi.

Yang ni lak bukan pelakon ya, dia pengacara kat event ni aje.

Drama menampilkan ramai sekali bakat baru. Yea… memperkenalkan… seorang bakat baru… ATTA IMRAN.

Pelakon remaja yang mahu pergi lebih jauh ini baru berusia 15 tahun, kini menetap di Pantai Hill Park, selain drama ini, Atta pernah berlakon dalam drama TV2, sekadar mencari duit poket, katanya.

Kalau korang nak tahu, Atta Imran ni la yang jadi hantu kanak-kanak yang asal silahnya, kanak-kanak ni jadi mangsa kekejaman 3 orang budak yang telah menghumbankannya ke dalam sebuah perigi berhantu. Budak ni bernama Dayak dan dia selalu membuli kanak-kanak yang lain.

Ikut kata Atta, dalam drama ni memang banyak jelmaan hantu. Macam-macam penampilan ada. Solekan dan kesan khas dalam drama ni pun boleh dikatakan sangat kreatif jugak.

Yang paling penting, sinematografi dan visual drama ini tak ubah seperti filem.

Moral story: Manusia yang jahil dan tamak untuk dalam mengejar harta yang bersifat sementara sanggup buat apa sahaja termasuklah menentang ajaran Tuhan. Akhirnya, membawa padah kepada diri sendiri.

Antara pelakon yang hadir…

Sahee: Walaupun masih sibuk belajar di kolej, namun bakat baru ini masih mampu buktikan namanya masih bertahan. Pernah berlakon dalam drama online, Luna Fantasiaku.

Sahee membawa watak Omar, seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan.

Malangnya Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba untuk menerokai kawasan di Kampung Gunung Raya.

(Zizan call sape tu? Call bakal isteri kot…)

Zizan Nin: Pelakon yang akan berkahwin pada bulan depan (Mac) ini memegang watak Azam, seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya.

(Emelda pun sibuk tengah calling-calling. Sah! Tengah borak dengan abang Adlin, kan?)

Emelda Rosmila: Masih belum ada rezeki untuk dapatkan anak. Isteri kepada Adlin Aman Ramli ini membawa watak seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah insiden dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.

Fouziah Gous: Duta produk Alaisyah ini memegang watak Mas, seorang perempuan simpanan yang cantik dan seksi tapi dalam drama ni, Mas sentiasa nampak dengan bayangan hantu. Mas diburu rasa takut dan bersalah selepas membunuh kekasihnya, Datuk Kadir.

Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan  selepas menjadi wanita simpanan kepada ahli perniagaan berjaya.

Namun, hatinya berasa tertekan lalu mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri.

Apa yang pelik dan persamaan antara kesemua watak yang Budiey sebutkan kat atas ini ialah mereka telah bermimpi dengan objek yang sama iaitu, perigi berhantu, tiga orang kanak-kanak terperangkap dalam akar pokok…

Jadi, mimpi-mimpi ini yang akan menyatukan kembali 4 sahabat yang sudah lama berpisah hingga mereka pulang kembali ke Kampung Gunung Raya.

Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak Ketua Kampung iaitu Dayak (lakonan Atta Imran).

Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati. Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi.

Atas tunjuk ajar Lebai Awang (lakonan Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut. Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.

Namun, Ketua Kampung yang bergelar Tok Sumun (lakonan Rosli Sako) berasa ragu-ragu akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Lalu, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus menganggu pembunuh anaknya.

Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa takut atas dosa yang dilakukan.

Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya ?

Untuk tahu lebih lanjut jalan cerita hingga tamat, korang kena ikuti drama ni pada setiap malam Jumaat jam 9.30 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiz Zaqyah Nafi Minum Arak, Mengaku Pernah Ke Kelab Hiburan

Gambar Candid Fouziah Gous Duta Produk Alaisyah