in ,

Zizan Dilayan Seperti Anak Sultan?

Zizan Dilayan Seperti Anak Sultan?

“Pihak Grand Brilliance telah menjaga saya di set dengan sangat baik, macam layanan anak Sultan”, ujar pelawak dan hos popular Zizan Razak semasa sidang media filem KL Zombie yang diadakan baru-baru ini di Nilai pada hari terakhir penggambaran filem tersebut. Zizan turut meluahkan rasa berbesar hatinya dengan tawaran memegang watak sebagai Nipis bagi filem KL Zombie yang diadaptasi dari novel Bukufixi bertajuk Zombijaya, hasil nukilan Adib Zaini.

Zizan yang dilamar kira-kira sebulan yang lalu bagi filem KL Zombie oleh pihak Grand Brilliance dipilih untuk watak tersebut kerana personalitinya yang bersahaja merupakan ciri yang diperlukan bagi memegang watak Nipis. “Watak Nipis memerlukan seorang pelakon yang mampu mempelbagaikan karakter disamping mengekalkan personaliti yang menggeli hati, dan Zizan sememangnya memenuhi keperluan itu. Watak-watak lain merupakan penyokong yang kuat kepada watak Nipis tanpa perlu membariskan lebih dari satu pelawak dalam satu filem”, ujar pengarah Woo Ming Jin (MJ) ketika ditemubual di sidang media yang sama.

“Pengalaman di set KL Zombie sangat berbeza dari filem-filem sebelum ini. Wataknya pun sangat unik dan tak pernah dilihat dalam filem negara kita sebelum ini”, ujar Zizan apabila ditanya akan kenangan beliau di set. “Bekerja dengan krew dan para pelakon lain yang sangat ‘happening’ dan rajin melayan perangai saya jadi motivasi buat saya untuk turun ke set setiap hari,” sambung Zizan lagi.

“Saya harap peminat saya akan menyokong filem ini, info dan gambar di balik tabir boleh didapati di laman facebook rasmi filem ini, jadi jangan lupa LIKE”, ujar Zizan sebagai pengakhir ucapannya.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, pengurus besar Grand Brilliance pula mengulas bahawa pihak penerbitan dan promosi Grand Brilliance akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan dan harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat novel Zombijaya yang memberi sokongan padu buat filem ini dari peringkat awal pembikinannya. “Kami telah meletakkan standard yang tinggi buat filem ini, dan itu yang akan kami cuba berikan”, ujar Tengku Iesta.

Sebulan dalam penggambaran, KL Zombie dijangka menemui penonton pada tahun 2013. Segala maklumat dan gambar di belakang tabir boleh didapati di www.facebook.com/KLZombie.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anugerah Sukan Negara 2011

AirAsia Awesome TVC Contest on Social Media