in , ,

Siar Gambar Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Teka Neelofa Hamil?

Kalau betul Neelofa tengah hamil, tahniah kita ucapkan. Jika tidak, anggaplah ini satu doa daripada peminat Neelofa.

Sekali lagi mencuri perhatian, Neelofa didakwa hamil pula oleh netizen apabila dia ada memuat naik foto terbaru dirinya yang kelihatan sedikit berisi seperti sudah berbadan dua. Foto tersebut dimuat naik di ruangan Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari yang memaparkan susuk tubuh mereka berdua mesra berpegangan tangan.

Tampil cantik manis berniqab, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat itu dikatakan seperti mempunyai ‘baby bump’ setelah lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Siar Gambar Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Teka Neelofa Hamil?

Menjengah ruangan komen, ramai peminat mula meninggalkan komen seolah-olah Neelofa kini hamil anak pertama.

“Wah, nampak macam pregnant (mengandung)” tulis seorang peminat.

“Baby bump. Alhamdulillah jika betul..” sahut seorang peminat yang lain.

Terdahulu, desas-desus mengatakan bekas pengacara program meleTOP itu mula muncul apabila dia ada meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri yang lalu.

Meskipun hangat diperkatakan, pasangan ini sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita tersebut.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz telah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis indah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Hari Tutup Telefon Selepas Digelar Mandul, Terkini Elizad Kongsi Satu Berita Gembira

Zizan Razak Muat Naik Gambar Cincin di Instagram, Betul Ke Zizan Dah Nak Kahwin?