in , ,

Ziana Zain Umum Konsert Solo Bertaraf Mega Selepas 22 Tahun Tak Beraksi

Dambaan menjadi nyata, penyanyi tersohor, Ziana Zain mengumumkan bakal mengadakan ‘Ziana Zain Konsert 2024’ dan merupakan konsert solonya pada tahun hadapan.

Bakal menjadi tanda aras cipta sejarah, CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ yang dijadual berlangsung pada 25 Mei 2024 adalah sari berita terpenting bukan sahaja dalam karier diva seni suara tersebut tapi juga buat industri hiburan tanahair.

Masakan tidak, konsert ini akan menjadi konsert solo Ziana Zain selepas  22 tahun tidak beraksi lincah dan menawan peminatnya di atas sebuah panggung bersifat mega.

Konsert yang dipersembahkan oleh CSA Academy selaku penaja utama konsert ini merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse dan dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

SIDANG MEDIA KONSERT ZIANA ZAIN KONSERT 2024

CSA Academy dengan bangganya menjadi penaja utama konsert Ziana Zain kerana nilai-nilai peribadinya dan kecemerlangan seninya sejajar dengan komitmen kami untuk memberdayakan masyarakat. CSA Academy ialah platform pendidikan kewangan yang paling berpengalaman dan terunggul di Malaysia. Coach Kewangan CSA akan membantu kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat yang disenaraikan untuk bebas hutang dalam 3-6 bulan. Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan.

SIDANG MEDIA KONSERT ZIANA ZAIN KONSERT 2024

“Ziana Zain telah dipilih sebagai artis kegemaran top 3 oleh ahli Wira CSA kami. Kerjasama ini tidak hanya menegaskan penghargaan kami kepada ahli dan sumbangan budaya, tetapi juga mencerminkan komitmen bersama kami dengan Ziana Zain terhadap penglibatan masyarakat dan tanggungjawab sosial.

Ia juga merupakan kehormatan bagi kami untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat tempatan, meningkatkan pengiktirafan jenama, dan mendapat pendedahan positif,”

– Dr Jay Ong selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CSA Academy Sdn Bhd.

Penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada tahun 2001.

SIDANG MEDIA KONSERT ZIANA ZAIN KONSERT 2024

Selepas 22 tahun, konsert ini bakal menjadi tanda aras buat penghibur wanita dengan nama sebenar Siti Roziana Zain, seorang ikon seni yang akan terus dihormati dan disegani meski hadir banyak penyanyi baharu dan tahun terus berganti.

Mahu merealisasikan konsert ini bukan sesuatu yang mudah. Ziana Zain bukan melihat kepada berapa besar pulangan (duit) yang beliau akan hasilkan tapi sangat terperinci mengenai konsep, stamina serta kepuasan yang diperoleh oleh para penonton kelak.

SIDANG MEDIA KONSERT ZIANA ZAIN KONSERT 2024

“Selepas perbincangan demi perbincangan, persetujuan di antara kami dicapai. Maka pihak kami sangat berbangga untuk mengumumkan CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ akan berlangsung pada 25 Mei 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur,” ujar Ziana Zain.

Bagi penghibur yang sudah lebih dua dekad menelusuri dunia nyanyian, melahirkan album-album dengan puluhan single yang menjadi ‘mainan bibir’ seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Berpisah Jua, Puncak Kasih, Dingin dan ratusan hit yang menjadi pujaan peminat, persetujuan untuk menggelar konsert perlu diteliti dengan sangat rapi.

Bersama Pengarah Muzik Aubrey Suwito, konsert ini akan menyaksikan revolusi seorang permata seni negara yang seluruh jiwa dan raganya sudah dipahat dalam industri penuh pancaroba ini.

“Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis atau kenangan terbaik tidak dirasai oleh peminat yang menyokong karier saya selama ini.

“Setiap konsert yang saya lakukan mesti ada keistimewaannya lalu boleh menjadi rujukan pada masa akan datang.

“Sebab itu saya sangat berhati-hati untuk melakukan konsert dan 25 Mei 2024 adalah momen terbaik untuk CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ dilaksanakan buat anda semua.

“Tunggu dan lihat apa yang akan dipersembahkan dalam konsert ini nanti. Yang pasti ia akan melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini, Insya Allah,” kata Ziana Zain.

SIDANG MEDIA KONSERT ZIANA ZAIN KONSERT 2024

CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ akan menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik beserta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

Untuk itu adalah amat rugi jika anda terlepas menyaksikan konsert yang akan menjadi salah satu sejarah terhebat industri seni tempatan.

Tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticket2u.com.my/zianazain

Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.

Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.

Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.

SIDANG MEDIA KONSERT ZIANA ZAIN KONSERT 2024

INFORMASI KONSERT ZIANA ZAIN

Tajuk konsert: CSA ACADEMY ‘MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024’

Tarikh: 25 Mei 2024

Masa: 8:30PM 

Venue: Mega Star Arena, Kuala Lumpur 

Tiket berharga:

RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1), 

Tiket dijual bermula 15 Disember 2023, 10:00 pagi

Laman web tiket: www.ticket2u.com.my/zianazain

CSA ACADEMY ‘MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024’, anjuran Anuar Zain Network, Ziana Zain Network, pengurusan konsert ialah Altus ProHouse, Lokasi rasmi ialah Mega Star Arena KL, Radio Rasmi merupakan Sinar dan disokong oleh Era, Digital Rasmi ialah Astro Gempak, Hotel Rasmi ialah Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park dan Papan Iklan Rasmi ialah Spectrum.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dana Krishen Jit Astro Berjaya Bantu Penggiat Seni Untuk Bikin Projek Seni

Viu Malaysia Umum 6 Drama Paling Dinantikan Untuk Tahun 2024