in

Ziana Zain Jadi Nenek Kebayan Dalam Filem Magica

Baru-baru ini, ada cerita pasal Ziana Zain telah dilamar oleh KRU Studios (KRU) untuk berlakon dalam filem Magica yang akan menjalani pengambaran pada Januari 2009. Selain penyanyi bersuara lantang ini, pelakon Diana Danielle, Mawi dan M. Nasir juga antara yang menerima untuk berlakon dalam Magica.

Ziana Zain katanya dah bersertuju dan terima lamaran KRU untuk berlakon dan akan memegang watak sebagai nenek kebayan. Bukan satu watak yang senang. Sah-sah Ziana Zain akan disolek rapi dengan solekan yang kreatif dan canggih giler. Antara sebab Ziana nak kembali berlakon, selain watak nenek kebayan tu sangat unik dan tak pernah dibuat pelakon muda, Ziana teruja sebab filem ini dikhaskan untuk kanak-kanak. Sebelum ini Erra Fazira pernah berlakon jadi nenek tua dalam Hingga Hujung Nyawa. Tapi rasanya watak nenek kebayan lakonan Ziana Zain lebih unik karakternya.

“Filem ini adalah hikayat atau dongeng kanak-kanak dahulu kala di mana dalam satu filem itu nanti terdapat cerita rakyat lain yang akan dipersembahkan oleh pelakon popular tempatan. Satu langkah yang baik kerana pada masa yang sama juga untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan kesan yang akan terjadi jika enggan mengikut kata ibu bapa mereka.

“Maklumlah sajalah, kanak-kanak sekarang sudah tidak lagi seperti zaman kanak-kanak dulu yang percaya dengan hikayat rakyat atau dongeng yang diceritakan ibu dan bapa kita. Pada masa yang sama juga memberi kesedaran mereka akan kewujudan cerita rakyat yang bertahan sehingga sekarang.”

Pada 5 Disember ini lagu nyanyian Ziana Zain akan berentap di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Ziana janji akan buat yang terbaik dan mahu bersikap positif. Ziana sangat suka dengan lirik lagu Dingin dan pertama kali nyanyi terus jatuh cinta. Kalau ada rezeki, adalah… kalau takde pun, tak pe, ini semua nasib dan rezeki.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Yang Tersingkir dari My Starz LG Ahad Ini?

RONA RONI MAKARONI MALAM NI