in

Ziana Zain, Erra Fazira & Pereka Fesyen @ PC Rafflesia’s Secretaries Week

Jam 3 petang semalam (1 April 2008), telah berlangsung satu lagi sidang media Minggu Setiausaha anjuran Rafflesia – Luncheon. Kali ini majlis ringkas yang diadakan di Urban Cafe menampilkan dua orang penyanyi popular iaitu Ziana Zain dan Erra Fazira. Terima kasih kepada Mr. Bill Borra atas jemputan.

Erra Fazira

Erra Fazira sedang memberikan sepatah dua kata

Untuk pengetahuan pembaca, Minggu Setiausaha Rafflesia ini akan berlangsung pada 16 April 2008 bermula jam 11.30 pagi hingga 3 petang di Iconic Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur. Apa yang menariknya, majlis ini menampilkan busana rekaan dari 13 orang pereka muda yang akan dipakai oleh selebriti dan penghibur seperti 8 diva iaitu Ziana Zain, Erra Fazira, Fauziah Latif, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Azharina, Liza Hanim dan Noryn Aziz serta 5 orang selebriti bertaraf model yang akan menggayakan barang kemas dari Rafflesia seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Fadzlun, Deborah Henry dan Aleeza Kassim.

Akan dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal Harith Iskandar, hadirin juga akan dihidangkan dengan persembahan dari penghibur dan berpeluang juga untuk memenangi 13 kotak coklat signature dari Rafflesia bernilai RM1,500 setiap satu dan 13 set rantai mutiara dari Rafflesia bernilai RM5, 000 setiap satu. Memang unik, semuanya punya angka 13. Seakan 13 adalah satu nombor bertuah untuk para setiausaha.

Juga Anugerah Secretary of the Year juga akan menanti para setiausaha yang hadir. Di mana hadiahnya berupa pakej percutian 4 hari 3 malam di Burau Bay Resort termasuk tiket penerbangan dan layanan VIP untuk ke event. Apa yang diperlukan hanya menulis mengapa anda harus mendapat gelaran Secretary of the Year.

Tema hitam dan putih dipilih sebagai tema untuk acara ini. Petang tadi, Budiey berkesempatan berkenalan dengan pereka fesyen muda berbakat antaranya Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Wan Huzairil, Zery Zamry, Irwan, Hazwani Osman, Nazrin Idris dan ramai lagi.

Untuk tempahan tiket, anda boleh menghubungi Hotel Istana di talian 03 21419988 sambungan 3667. Kepada setiausaha dan bos di luar sana, apa kata raikan minggu setiausaha anda di bersama selebriti dan pereka fesyen terkenal. Jumpa anda di sana!

2379707761 9F7Db214E4 | 4

Wakil dari Rafflesia, Hotel Istana & Suria FM termasuk Ziana Zain & Erra Fazira bergambar bersama pereka fesyen

2379708673 D1B567Ebda | 5

Ziana Zain dan Erra Fazira bersama 12 pereka muda berbakat.

2379709507 Fdde9331F9 | 6

Bersama Bill Keith, sifoo kepada pereka fesyen

Ziana Zonk

Ziana Zain masih melatop…!

2379711069 E63409C928 | 7

Erra Fazira yang semakin cantik selepas kahwin lagi.

2379712273 3B9516Ab4D O | 8

[tags]ziana zain, gambar erra fazira terkini, admiral, berita harian, chief of navy, datuk abdul aziz, gambar, general, lumut, panglima angkatan tentera, pegawai, ptl, Rmc, rmn, 5xmom, lirik cinta, ziana wedding, cakaplah, chan lilian, current news, digg, gossip, harakah daily, harian metro, isu hangat, matt cutts, meta filter, mohd ismail, popuri, popurls, robert scoble, rocky bru, tahilah, tech blog, thomas marban, top ten story, trumors, royal malaysian navy, tan sri ramlan, tentera, tldm, tptl, upnm, vice chancellor, young fashion designer, hotel istana, lucky number, Nasha Aziz, Amber Chia, Fadzlun, Deborah Henry, Aleeza Kassim[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABP 2007

Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?