in

Ziana Zain Duta Produk Terbaru Antabax

Tahniah buat penyanyi terkenal, Ziana Zain yang telah dilantik untuk menjadi duta baru produk penjagaan diri anti bakteria, Antabax.

Penyanyi bersuara lantang ini mengambil masa sebulan untuk pujuk suaminya, Armin Zaharin berlakon dalam iklan Antabax yang akan ditayangkan di kaca TV tak lama lagi.

Bukan main susah lagi nak pujuk Armin sebab suami Ziana Zain yang agak pemalu ini tak nak muncul di mana-mana program TV atau pun media lain selepas berkahwin. Ziana Zain bernasib baik dan agak terkejut sebab sebulan kemudian, Armin bersetuju untuk berlakon dalam iklan. Budiey dengar bayarannya pun bukan main tinggi jugak. Tak bolehlah cakap berapa tapi cukuplah untuk menampung hidup mereka anak beranak.

Pada Rabu lalu, Ziana Zain diraikan dan diumumkan secara rasmi menjadi duta produk terkenal itu di One Utama, Damansara Utama. Dengan pelantikan ini, Antabax menjadi produk kelapan yang menjadi pilihan Ziana Zain sebagai duta selain Slim World, Vomo, Loreal dan Omega.

Walaupun dah beristeri dan beranak pinak, rezeki Ziana Zain tetap murah. Memang Ziana Zain pun tak sangka masih lagi diminati dan mendapat kepercayaan daripada syarikat untuk mengambilnya sebagai duta. Ironinya, Ziana rasa masa dia bujang pun tak pernah dapat rezeki sebesar ini.

Ziana Zain memang mementingkan kebersihan. Katanya, dia dan keluarganya sentiasa membawanya ke mana-mana bagi kerana ia merupakan pembasmi kuman selain dapat mengelakkan penyakit.

“Penyembur sanitasi itu amat mudah dan senang di bawa dalam beg tangan. Saya rasa ia sangat bagus kerana saya selalu gunakan di rumah, tandas awam dan bilik hotel. Saya juga menggunakan produk itu di mana-mana termasuk menyemburnya di bantal, tombol pintu dan di beberapa tempat lain,” katanya.

Semoga Ziana Zain dan keluarga terus berjaya dalam bidang ini. Tahniah sekali lagi daripada Budiey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Derma Darah Sempena Hari Pahlawan 2010

Pelancaran Istimewa Kad Amal Awal Ashaari Yayasan Nur