in ,

Zed Zaidi, Fiz Fairuz, Zaryn Minn Dalam Drama Anum

KONFLIK PENUH DENDAM DALAM ANUM DI SLOT GALERI FAMILI TV2

Dunia Ria TV2 terus menghiburkan penonton setianya melalui pelbagai genre drama dan telemovie menarik. Drama dengan pelbagai kisah lucu, dendam, cinta, kasih sayang dan kehidupan masyarakat menjadi pilihan agar tidak sekadar hiburan malah turut memberi pengajaran dan iktibar untuk dikongsi bersama pengikut setia drama-drama bersiri Melayu melalui slot Galeri Famili.

Oleh sebab itu, drama berjudul Anum akan memenuhi slot ini mulai 5 Oktober 2009, setiap Isnin, jam 9.00 malam di TV2. Dengan membawa kisah dua saudara tiri iaitu Khir dan Megat yang senantiasa bercakaran sejak dari kecil hingga dewasa, bersaing dalam pelbagai perkara bukan sahaja cinta dan kerjaya malah merebut kasih sayang ibu mereka iaitu Rosmah.

Zed Zaidi

Dalam episod-episod awal Anum mengisahkan kehidupan Megat dan Khir semasa kecil mereka. Seperti anjing dan kucing, saudara tiri ini sering bergaduh walau pun hanya kerana perkara-perkara kecil sahaja walaupun begitu keletah Khir yang selalu mengalah kepada Megat dan sering merajuk tidak pernah diendahkan oleh ibunya Rosmah. Pertelingkahan antara mereka berlarutan sehingga mereka meningkat dewasa namun rosmah sentiasa berusaha menyatukan mereka untuk berbaik semula.

Fizz Fairuz

Perhubungan dua bersaudara itu terus dingin walaupun mereka bekerja di bawah satu bumbung iaitu di Iskay Sdn Bhd. Megat sering di sabotaj oleh Khir sedangkan kenyataannya dia diperkenalkan kepada pengurus Iskay Sdn Bhd oleh Megat sendiri dengan cadangan dan paksaan oleh ibunya. Di bawah syarikat yang sama,  Anum seorang gadis bijak dan lemah lembut telah menjadi rebutan oleh Khir dan Iskandar namun dengan pendirian yang teguh Anum memilih Megat sebagai cintanya tanpa pengetahuan orang lain. Demi menjaga peiuk nasinya, Khir menjadi orang tengah Iskandar untuk mencuri hati Anum namun usahanya tidak berjaya sehinggalah Megat dan Anum diijabkabulkan.

Perasaan hasad dengki yang membuak-buak membuatkan Iskandar merancang untuk membalas dendam terhadap Megat agar perkahwinan mereka berpecah belah. Dalam usahanya itu, Khir telah dipergunakan oleh Iskandar sebagai orang tengah melalui aktiviti penyeludupan dadah. Mereka telah menyeludup bahan terlarang itu melalui bungkusan barang yang perlu dihantar oleh Iskandar ke Mexico atas arahan Iskandar.

Megat yang disabotaj telah ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan penyeludupan dadah. Untuk mengetahui kisah selanjutnya samaada Megat terus dihukum? atau adakah Iskandar yang ditangkap polis kerana aktiviti haramnya itu? atau mungkin Anum yang berusaha menyelamatkan suaminya dengan menyiasat aktiviti di Iskay Sdn Bhd, pastikan anda terus ikuti drama bersiri Anum di saluran Dunia Ria Oktober ini.

Drama yang penuh konflik, hasad dengki, perebutan cinta serta kasih sayang ini akan menemui penonton di saluran TV2, 13 episod yang dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair iaitu Zed Zaidi, Fiz Fairuz, Zaryn Minn dan Roy Azman serta pelakon veteran yang masih mendapat perhatian iaitu Dato’ Jalaludin Hassan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aksi Couple Bercuti di Cameron Highland Dalam Xpresi Kembara

Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara