in

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom di Anugerah Intrend Gala 2017

Tahniah buat pelakon Zarina Zainuddin yang telah menerima anugerah yang pertama dalam hidupnya apabila telah dinobat sebagai ‘Supermom’ di Anugerah Intrend Gala 2017 baru-baru ini.

Zarina yang memiliki dua anak istimewa yang menghidap autisme telah memenangi anugerah itu berdasarkan undian pembaca majalah Intrend.

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom!

Sewaktu menerima anugerah berkenaan, Zarina berkata ini adalah anugerah yang pertama diterima sepanjang hidupnya.

Zarina memang terkenal kerana kecekalannya membesarkan dua orang anak kembar iaitu Azal dan Azil yang merupakan anak-anak istimewa.

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom!

Semoga kemenangan Zarina serta kisah hidupnya menjadi sumber kekuatan kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak istimewa seperti Zarina.

Semua orang setuju Zarina sememangnya seorang Supermom!

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Dominasi TOP HOT 2017

Wak Doyok & Myo Berganding Semula dalam KE JEPUN KE KITA