in

Khai Bahar Dominasi TOP HOT 2017

Kehangatan Top Hot 2017 terus dirasai saat ini apabila senarai penuh lima teratas bagi 5 kategori yang dipertandingkan telah diumumkan pada pagi Isnin lalu di radio Hot FM.

Khai Bahar mendominasi senarai Top 5 Top Hot 2017 apabila disenaraikan sebagai calon akhir dalam 3 pencalonan. Manakala bagi kategori Lagu Hot 2017, sebanyak 117 buah lagu disenarai pendek dalam penentuan 100 lagu paling populr untuk tahun 2017.

Undian peringkat akhir bagi Top Hot 2017 untuk 6 kategori yang dipertandingkan bermula pada Isnin, 27 November dan akan ditutup pada Jumaat, 15 Disember 2017 jam 12.00 tengah malam. Pemenang akan diumumkan di Hot FM pada 29 Disember bermula jam 6.00 pagi dan semua perkembangan terkini mengenai Top Hot 2017 boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.

Juara Top Hot 2017 akan dipilih berdasarkan kiraan undian tertinggi yang diterima oleh Hot FM di laman web rasmi www.hotfm.com.my. Ini merupakan kali pertama Hot FM memperkenalkan Top Hot 2017, jangan lupa untuk terus mengundi artis kegemaran anda.

Berikut adalah senarai penuh top 5 Top Hot 2017:

Penyanyi Lelaki Hot 2017
Khai Bahar
Haqiem Rusli
Super Syazwan
Aiman Tino
Fattah Amin

Penyanyi Wanita Hot 2017
Siti Nordiana
Wany Hasrita
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Ara Johari
Wani Kayrie

Penyanyi Baru Hot 2017
Ismail Izzani
Along Mentor Milenia
Fattah Amin
Flor 88
As’ad Motawh

Super Band Hot 2017
Akim & The Majistret
Floor 88
Putera Band
Half Asleep
Saujana

FB Live Hot 2017
FB Rock Hot Jamming bersama Neon & Khai Bahar
FB Rock Hot Jamming bersama Siti Nordiana
FB Rock Hot Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita
FB Rock Hot Jamming bersama Ara Johari & Nastia
FB Rock Hot Jamming bersama Akim & The Majistret

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yang Happening di Sesi Rakaman Suria FM Musim Kedua Bersama Amy Mastura

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom di Anugerah Intrend Gala 2017