in ,

Zarina Zainuddin Dilantik Duta & Ikon VARIATION ZONE FESTIVAL 2017

Tahniah buat pelakon dan selebriti Zarina Zainuddin yang telah dilantik menjafi duta atau ikon VARIATION ZONE FESTIVAL 2017 pada hari ini. Acara ini akan berlangsung pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017 di The Strand, Kota Damansara. Wah! Murah rezeki akak kita ni.

Beliau dipilih sebagai ikon kerana dilihat sebagai wanita yang sangat bersemangat dan berjuang menjalani kerjaya seni pelakon dan pada masa yang sama berjaya membesarkan dua anak istimeewa di samping sukses dalam bidang perniagaan.

Zarina Zainuddin

Pengurus Projek Variation Zone Festival, Tizihan Abdullah berkata, pemilihan itu selaras dengan objektif Wyn Wyn Event dalam memberikan motivasi kepada masyarakat untuk menjadi usahawan.

“Saya selaku pengurus projek dan penganjur melihat semangat dan jiwa kental Zarina dalam membesarkan dua anak istimewa, namun pada masa sama berjaya sebagai pelakon serta usahawan.

“Semangatnya itu mampu menjadi pendorong kepada usahawan, terutamanya usahawan wanita untuk berjaya dalam bidang perniagaan, sekaligus tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.

Acara tahun pertama ini akan terus dijadikan acara tahunan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan.

“Insya-Allah, kami akan membawa acara ini ke beberapa lokasi utama di seluruh negara, dan memberi peluang kepada artis lain untuk diangkat menjadi ikon mengikut kesesuaian,” katanya.

Bagi Zarina sendiri, dia ingin membuktikan bahawa setiap wanita punya peluang untuk berjaya dalam perniagaan.

“Gunakan peluang yang ada. Walaupun kita sibuk dengan keluarga dan sebagainya, kita masih boleh gunakan masa terluang dengan baik walaupun sekadar menjalankan perniagaan online.

“Saya sendiri yakin, dengan adanya acara seperti Variation Zone Festival, akan membuka peluang untuk wanita-wanita di luar sana lebih membuka mata dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan,” katanya.

MENGENAI VARIATON ZONE FESTIVAL
Variation Zone Festival adalah acara sulung anjuran Wyn Wyn Event Sdn Bhd dan menggabungkan pelbagai aktiviti menarik, di satu lokasi strategik, The Strand, Kota Damansara.

Berlangsung selama lima hari bermula 13 Disember hingga 17 Disember 2017, Variation Zone Festival mampu menjadi satu acara komuniti dan menjadi acara untuk masyarakat, yang akan dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Pengunjung Variation Zone Festival akan berpeluang melihat dan membeli pelbagai produk daripada 150 booth. Antaranya makanan, pakaian, barangan keperluan harian, hartanah dan banyak lagi.

Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung adalah:
-Pelbagai promosi jualan penghujung tahun
-Gunting Rambut Perdana
-The Longest Slime Created
-Pameran Kereta & Auto
-Persembahan Kebudayaan & Persembahan Pentas
-Pertandingan Fotografi Variation
-Pertandingan Memasak
-Pertandingan Spelling Bee
-Battle of Buskers
-Gerai Vapers

Secara tak langsung, acara ini tidak hanya memfokuskan kepada golongan dewasa, tetapi juga kanak-kanak memandangkan ia berlangsung pada musim cuti sekolah.

Variaton Zone Festival turut menerima tajaan daripada Z&S Legacy Herbs Sdn Berhad yang mengeluarkan produk Jus Legacy dan Legacy S.

MENGENAI WYN WYN EVENT SDN BHD
Wyn Wyn Event Sdn Bhd sebelum ini pernah menyediakan, memasang dan mereka booth, pentas, pavilion serta ruang perniagaan serta acara untuk beberapa acara besar.

Antaranya Perhimpunan Agung UMNO, Malaysia International Book Fair, Media Hunt dan banyak lagi acara bertaraf antarabangsa.

Wyn Wyn Event Sdn Bhd beroperasi di Bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik di Super Spontan Superstar Minggu Ketiga

Sekitar Pelancaran Samsung Galaxy Note8 Penampilan Khas Song Ji-Hyo