in ,

Zarina Anjoulie Lantik Firma Perhubungan Awam

SELEBRITI, model dan usahawan, Zarina Anjoulie Lavocah melantik firma perhubungan awam (PR) Saiful Ridzuan bagi membantu melindungi jenama peribadi, imej dan reputasinya dari ancaman undang-undang yang diterima daripada pihak tertentu dalam industri hiburan.

Firma berkenaan dilantik Zarina sejak dua bulan lalu dan akan membantunya menangani krisis saman yang dimulakan oleh individu dikenali yang juga pelakon Fara Mendoza. Pada kenyataan medianya, Zarina berkata Saiful Ridzuan Public Relations and Communications, pertama kali dilantik sebagai ‘publicist’, jurucakap dan pakar komunikasi yang mewakilinya pada April lalu.

“Firma penasihat komunikasi strategik ini, turut mengendalikan pengurusan reputasi bagi tuntutan saman fitnah bernilai jutaan ringgit membabitkan Emelda Rose dan Amyza Aznan.

“Kes ini sedang berjalan, dan pasukan tindak balas krisis saya melakukan tugas yang sangat baik. Sebagai selebriti, saya merasa lebih yakin kerana strategi komunikasi saya dikendalikan oleh firma perhubungan awam profesional,” katanya.

– Zarina Anjoulie

Menurut Zarina, dia juga memutuskan untuk mengguna kepakaran Saiful Ridzuan selepas menilai risiko krisis undang-undang yang terbaharu dihadapinya. Ujarnya, kes itu mempunyai risiko yang tinggi kerana ia membabitkan reputasinya melalui kes saman yang diambil oleh Fara Mendoza.

“Saya mempunyai tugas profesional untuk membersihkan nama saya, untuk mencerahkan keadaan dengan berkongsi apa sebenarnya yang berlaku dan meminimumkan kerosakan selepas reputasi saya tercemar.

“Sebagai usahawan terkenal, reputasi positif di antara pihak berkepentingan (stakeholders) saya bukanlah satu pilihan.

Saya perlu memilikinya dan saya menggandakan usaha untuk meningkatkan komunikasi melalui pengambilan agensi PR terkemuka ini.

Saya harus menyatakan bahawa saya tidak kalah kes fitnah ini dan ia baru saja bermula,”

– Zarina Anjoulie

Kontroversi saman berkenaan membahayakan reputasi Zarina, kerana menjadi perhatian media nasional, termasuk liputan akhbar baru-baru ini. Malah, Zarina enggan memberikan wawancara dan temubual ketika krisis undang-undang itu meletus.

Pun begitu, Zarina tidak akan berdiam diri lagi kerana semua pihak harus mengetahui kebenaran mengenai krisis ini dan yang paling penting, dia perlu menjaga imej, reputasi dan jenama peribadinya.

Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Saiful Ridzuan Public Relations and Communication iaitu Saiful Ridzuan berkata firmanya dilantik untuk menjawab pertanyaan media dan juga akan menasihati Zarina mengenai strategi keseluruhan bagi krisis undang-undang yang dihadapi untuk memastikan bahawa reputasinya sebagai usahawan berprofil tinggi di Malaysia tidak akan terus dirosakkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab,

Pada 2 Julai lalu, firma PR Saiful Ridzuan dilantik Zarina untuk memastikan fakta dapat dikeluarkan dengan tepat pada masanya, berikutan pihak media melaporkan bahawa dia kalah saman sivil terhadap Fara Mendoza.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nespresso Launches Reviving Origins To Bring Back Lost Coffee

Amyza Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Pada Zarina Anjoulie