in , ,

Zara Zya Bengang Dikecam Kongsi Video Ranjang Atas Katil Promosi Produk di Instagram

TINDAKAN pelakon Zara Zya berkongsi video reviu produk memaparkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan aksi tidak sopan atas katil dengan kapsyen berbaur lucah mengundang rasa kurang senang netizen.

Menjawab kritikan netizen itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zanuddin berharap rakyat Malaysia berfikiran lebih terbuka memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Pelakon berusia 36 tahun ini bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan kritikan netizen kerana beranggapan tindakannya itu tidak salah.

Antara komen netizen di perkongsian Zara di Instagram.

“Kalau fikir ia 18 XS, jadi macam itu la. Rakyat Malaysia kena open minded. Lagipun, saya hanya promosikan produk seperti suppplement atau makanan tambahan sahaja.

“Tapi tak apa la, saya ok saja bila netizen kecam atau kritik sebab dah memang masak sangat dengan netizen Malaysia. Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job.

“Paid review ini memang dari dulu pun saya dah terima. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi benda itu tak salah buat apa saya nak dengar cakap orang lain,”

Zara Zya

Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job.

– ZARA ZYA

Sebelum ini, netizen mengkritik tindakan Zara memuat naik video mempromosikan produk melibatkan hubungan intim suami isteri yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan di laman sosial.

Rata-rata netizen menganggap biarpun ia iklan berbayar namun tidak bersesuai dengan imej aktres tersebut yang kini sudah berhijrah.

Dalam pada itu, biarpun dikritik tiada ‘job’ namun pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur kerana perniagaan jualan sambal di atas talian mendapat sambutan.

Zara syukur bisnes jual sambal atas talian mendapat sambutan.

“Alhamdulillah… perniagaan sambal mantul saya berjalan dengan lancar. Zaman sekarang orang memang suka buat pembelian secara talian. Jadi, saya pun jual sambal itu di platfrom perkhidmatan atas talian.

“Kita sendiri pun terjebak beli online… kadang-kadang entah apa barang kita beli. Sebab itu saya pun jual sambal yang juga resipe arwah nenek ini di platfrom itu.

“Ikutkan sebenarnya saya dah lama menjual sambal bilis dan penyet tapi untuk sambal mantul ini baharu sahaja tahun ini saya buat,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mafarikha Suntik Nafas Baru KABUT SERANGKAI MAWAR Nyanyian Asal Zaiton Sameon

Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri