in , ,

Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Isteri Ucap Terima Kasih Doa Peminat

Penyanyi Zamani selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri kepada penyanyi itu, Nur Juliana yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih di atas doa peminat menerusi perkongsian di Instagram petang tadi.

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,”

– Nur Juliana

Sebelum ini, penyanyi berusia 51 tahun itu memaklumkan sudah melakukan persiapan termasuk mengikut saranan doktor seperti mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

Difahamkan, Zamani memerlukan rehat sehingga tempoh tiga bulan untuk menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada kekuatan antibodinya.

“Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.

“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi,” kata Zamani.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Mula Penerbangan Pertama ke Tokyo-Haneda, Tiga Kali Seminggu

LEGOLAND

Pelancaran Filem 4D JOURNEY TO MYTHICA di LEGOLAND® Malaysia