in , ,

Penyanyi Rap Gaya Jalanan Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Penyanyi rap gaya jalanan Zamaera, kembali dengan single terbarunya, “Wanita”. Kini tampil dengan kombinasi gaya sofistikated dan ranggi, Zamaera berharap agar “Wanita”, single Bahasa Malaysia pertamanya akan menjadi lagu tema di kalangan wanita moden.

Lagu ini memberi penghormatan kepada kaum wanita yang bukan sahaja memiliki kekuatan diri, mampu berdikari, anggun, tetapi juga menjadi teladan buat semua.

Zamaera Menjiwai Semangat Wanita Berdikari yang Anggun lagi Berkuasa melalui Single terbarunya – “Wanita”

Nama Zamaera telah meledak di arena muzik pada awal tahun ini dengan single pertama beliau, “Helly Kelly” yang telah mendominasi carta MET Hitz FM selama enam minggu. Beliau ingin terus menghangatkan industri muzik Malaysia dengan lagu keduanya – “Wanita”, yang mempamerkan kepelbagaian bakatnya dengan menggabungkan versi rap dan pembawaan melodi nyanyiannya yang tersendiri. Ini adalah evolusi ‘freestyle’ beliau terhadap genre R&B dan Hip Hop.

Zamaera yang dikenali dikalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang positif dan senantiasa ceria, berharap agar “Wanita” dapat menyemarakkan semangat pemerkasaan wanita. Penyanyi pelbagai bakat ini menyatakan yang kaum wanita harus berani mengatasi halangan ‘siling kaca’ untuk mencapai kejayaan. Lirik “Tak perlu lelaki untuk berdikari, she miss independent like hari-hari” menggambarkan bahawa kaum wanita berupaya untuk menguasai apa jua rintangan.

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

“Saya mahu semua wanita meraikan diri mereka dan menganggap kewanitaan sebagai satu kekuatan dan bukan satu kelemahan,” kata Zamaera, “Saya juga inginkan sebuah lagu tema bagi mereka yang sedar akan kepentingan nilai diri. Bagi kaum lelaki pula, ya! Lagu ini semestinya juga untuk anda kerana wanita haruslah dihargai oleh semua” tambah beliau.

Adalah mustahil untuk mendengar lagu “Wanita” dan tidak terpengaruh dengan lirik positif yang menyatakan bahawa setiap wanita memiliki kekuatan mereka yang tersendiri. Zamaera percaya yang setiap wanita tahu akan kekuatan mereka, dan inilah masanya untuk terus memperjuangkan semangat pemerkasaan wanita.

Single terbaru Zamaera – “Wanita ” kini boleh didapati di YouTube

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

LATAR BELAKANG ZAMAERA

Zamaera bukan sekadar artis rap, penyanyi versatil ini juga seorang penulis lagu. Beliau telah mula berjinak dengan dunia seni semenjak berusia 8 tahun. Berasal dari Subang Jaya, beliau mula mengarang puisi dan cerita pendek di samping menyertai peraduan menulis. Bagaimanapun, minatnya dalam genre rap, soul, R&B dan hip-hop semasa di sekolah, digabungkan dengan minatnya terhadap kesusasteraan Inggeris dan pengaruh muzik daripada Tupac, Beyonce, Lauryn Hill dan Erykah Badu telah mendorong beliau untuk menceburi gaya nyanyian ‘rap’.

Kini, berusia dua puluh dua tahun, Zamaera telah menempa nama sebagai artis rap melalui lagu beliau berjudul “Helly Kelly” yang diterbitkan oleh Kidd Santhe . Lagu ini telah melonjak didalam carta Malaysia pada bulan Mac 2017. Antara kemuncak penglibatannya di dalam industri muzik tanahair ialah sewaktu beliau berkolaborasi dengan penyanyi rap terkemuka Malaysia, Joe Flizzow dan bintang hip hop, SonaOne. Zamaera juga pernah mengatasi 50 peserta lelaki dalam acara Red Bull Blend 2016, sebuah pertandingan ‘rap cypher’ yang mana beliau telah berjaya menggandang gelaran naib johan.

Jangan terpedaya dengan penampilan eksotik Zamaera kerana beliau seratus peratus anak jati Malaysia. Sehingga sekarang, Milo ais masih merupakan air kegemarannya, terutama pada waktu santai bersama rakan-rakannya Selain daripada bakatnya dalam seni muzik, Zamaera juga gemar turun ke dapur dan memasak masakan jenis Korea dan mampu bertutur bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris malah Jerman.

Instagram – Zamaeraaa (Zambino), Facebook – Zamaera Official, Twitter – @Zamaeraaa,
#zamaera, #WanitaHariEsok #WHE #wanita

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

WANITA LYRICS
WRITTEN BY : ZAMAERA, AKEEM JAHAT COMPOSED BY : ABEX
PRODUCED BY : ORUMARI
[VERSE]
definisi wanita hari ini
boss lady baru boleh balik jadi bini
aura yang memerintah bila masuk bilik kalau nak salam jangan pakai tangan kiri pergi on a date mampu berbelanja
just got a cheque but bukan showoff kaya lembut hati walaupun keras kepala
takkan tunjuk emosi jangan terperdaya tanggungjawab terpikul di atas bahu
walau kerja lewat mata pun dah layu
masih ada semangat di dalam badan
tak terdengar satu perkataan mengadu
not a bread maker but she make that dough mintak buat kopi dia takkan mengeluh mintak masak hari hari sikit pun tak jelak satu hidangan tiba tiba ada sepuluh
bila time bercakap mulut memang lazer
dia tengok lu and tanya “ada aku kisah” buat tak endah geramnya tertayang
biarkan geram akibat kasih sayang
[CHORUS] kalau kau ada lebihlah beerti kalau kau tiada ku hanya lelaki
Kalau ku ada lebihlah beerti kalau ku tiada kau hanya lelaki
[VERSE]
definisi wanita hari esok
membincang masa hadapan bukan kecoh sentiasa mencapai kejayaan
berkerja keras tanpa alasan
if you need a friend sheʼs there in a second
peramah takkan berlagak action
kalau dicabar lain punya liga
tak suka drama sebab hidup bukan TV3 talk about style yeah you know she kill it hillary swank million dollar baby
tak akan gelabah cuz she keep it steady nak seribu daya so she go and get it
tak perlukan lelaki untuk berdikari
she ms independent like hari hari
and she keep it fly like a rama rama
dapat dari mana she got it from her mama
[CHORUS] kalau kau ada lebihlah beerti kalau kau tiada ku hanya lelaki
Kalau ku ada lebihlah beerti kalau ku tiada kau hanya lelaki
eh wah eh eh eh eh wah eh na na na na
Kalau ku ada lebihlah beerti kalau ku tiada kau hanya lelaki

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Releases THIS SEASON ON STAR TREK: DISCOVERY Trailer

Harvey Malaihollo, Dato’ Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS