in

Harvey Malaihollo, Dato’ Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra, MPYO) meneruskan keraian ulangtahun ke-10 dengan kolaborasi sulung dengan Orkestra RTM pada bulan Oktober ini. Para penonton bakal menyaksikan gabungan salah satu orkestra termuda negara bersama orkestra yang paling lama bertapak di Malaysia.

Harvey Malaihollo, Dato' Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Penyanyi Harvey Malaihollo, Dato’ Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends di Dewan Filharmonik PETRONAS

Bertemakan ‘MPYO & Friends’, kolaborasi ini dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 7 Oktober 2017 dan Ahad, 8 Oktober 2017 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Sebelum ini, MPYO pernah berkolaborasi dengan Orkestra Tradisional Malaysia, Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s Symphony Orchestra dan Queensland Youth Symphony Orchestra. Kesemua kerjasama ini telah mengukuhkan kemahiran dan versatiliti MPYO ke tahap yang lebih tinggi.

Harvey Malaihollo, Dato' Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Orkestra RTM diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai orkestra yang paling lama bertahan dan telah mempersembahkan banyak konsert mega dalam dan luar negara. Ditubuhkan pada tahun 1961, orkestra yang mempunyai 45 orang ahli ini telah menjadi kebanggaan negara dalam bidang seni dan budaya. Orkestra ini juga telah mengeluarkan 25 buah album pelbagai genre.

Untuk konsert ini, MPYO dan Orkestra RTM akan berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi terkenal Dato’ Jamal Abdillah, Adibah Noor dan penyanyi jazz legenda dari Indonesia, Harvey Malaihollo, melalui rangkaian lagu-lagu seperti Dia, Jerat, Hujan, Begitulah Cinta, Kau Lupa Janji, Samrah Mentari dan Ghazal Untuk Rabiah.

Lagu-lagu lain yang terkandung dalam repertoire konsert ini ialah Jauh Jauh, Airmata Berderai, Suatu Masa, Dark Eyes dan We Are One.

Konsert ini bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose (MPYO) dan Leonard Yeap (Orkestra RTM) manakala Dato’ Mokhzani Ismail bakal bertindak sebagai pengarah artistik untuk persembahan ini.

Konsert ini akan terus mengukuhkan kedudukan MPYO sebagai sebuah orkestra yang bertenaga dan bersemangat tinggi. Dengan ahli berjumlah 98 pemuzik, MPYO bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan pemuzik remaja terhadap minat mereka dalam seni dan menggabungkan mereka dalam ensembel yang bertaraf tinggi. Sepanjang penubuhannya yang singkat, MPYO telah menjelajah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapura dan Brisbane, Austrailia.

Bersama-sama meraikan muzik hebat bersama dua orkestra ini, hanya di DFP!

Harvey Malaihollo, Dato' Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Maklumat Konsert

Tarikh
Sabtu, 7 Oktober 2017 dan Ahad, 8 Oktober 2017 jam 8.30 malam

Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS, KLCC

Orkestra / Konduktor / Vokalis
Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia
Orkestra RTM
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Leonard Yeap konduktor
Adibah Noor vokal
Dato’ Jamal Abdillah vokal
Harvey Malaihollo vokal

Harga Tiket
RM100 dan RM60

Box Office
Selasa hingga Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan
Ahad: 12.00 tengahari sehingga waktu persembahan

Tutup pada Isnin kecuali jika ada persembahan berjadual

Tempahan Telefon: 03-23317007 Tempahan Fax: 03-23317077

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web: www.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Harvey Malaihollo, Dato' Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Harvey Malaihollo, Dato' Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Harvey Malaihollo, Dato' Jamal Abdillah & Adibah Noor MPYO & Friends Dewan Filharmonik PETRONAS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZAMAERA TRENDING

Penyanyi Rap Gaya Jalanan Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Peraduan Premiere With Budiey – Filem BLADE RUNNER 2049