in ,

Zafesha Berjaya Lahirkan Enam Jutawan Menerusi Produk Zafesha Simply

Bermula dengan bekerja sebagai jururawat dan kakitangan kerajaan pasangan suami isteri Afizam Abdul Aziz, 43 tahun (Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd) dan Siti Aisah Muhamad Hamim, 40 tahun yang juga Pengasas produk Zafesha Simply mengorak langkah berani dalam bidang keusahawanan.

Sekalipun pernah mengalami kerugian sebanyak setengah juta ringgit pada tahun 2014, pasangan ini telah bangkit dengan membina Empayar perniagaan mereka dengan melahirkan 6 jutawan baharu menerusi Produk Zafesha Simply. 

Anak kelahiran Felda Renong, Segamat Johor ini mula menceburi pelbagai jenis perniagaan seperti bisnes kad kahwin, katering dan wedding planner secara offline dan pernah meniaga makanan seperti Char Kue Tiaw dan Asam Pedas. 

Siti Aisah dan Afizam bermula secara aktif sebagai ejen jualan sebelum mengeluarkan jenama perniagaan sendiri Zafesha Simply pada tahun 2018. 

PORTAL FEATURED
Pengasaa Produk Zafesha Simply

“Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun ke-5 Zafesha dimana pada tahun lepas sahaja kami berjaya melahirkan 6 orang Usahawan Jutawan yang berjaya mencatatkan sales melebihi RM 1juta pada tahun 2021 walaupun kita semua diuji dengan covid 19, asbab ujian inilah jualan mereka naik sekali ganda,” menurut Aisah lagi. 

“In Sha Allah untuk tahun ni 2022 kami mensasarkan untuk melahirkan minima 20 orang lagi Usahawan Jutawan dan 10 ribu orang usahawan zafesha yang nak menjana income bersama kami dalam jangka masa panjang. Selari lah dengan perancangan kami 5 years blooming dream untuk menempatkan mereka yang nak grow dan sustain dalam perniagaan,”

ZAFESHA
Antara top selller, Puan Amie Hamim dan suami bersama Puan Amalia

Antara keunikkan Zafesha adalah 70% agen asalnya terdiri daripada pelanggan setia yang asalnya pengguna produk Zafesha dan kemudian berhijrah menjadi agen, termasuk golongan golongan suri rumah berumur 35 tahun dan ke atas selain dari wanita yang ingin mencari pendapatan tambahan. 

“Majlis malam ni yang bertemakan Dazzling Night diadakan bagi menghargai semua reseller dan staff Zafesha yang selama ni telah bersusah payah dalam membangunkan brand Zafesha sebagaimana yang ada sekarang. Di mana pada malam ni juga kita turut menyampaikan Hadiah Cabaran Sales Tahun 2021 kepada para reseller kami berupa Hadiah Pakej Umrah Exclusive, Barang Kemas dan Handbag jenama mewah.

“Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun ke-5 Zafesha dimana pada tahun lepas sahaja kami berjaya melahirkan 6 orang Usahawan Jutawan yang berjaya mencatatkan sales melebihi Rm1juta ringgit pada tahun 2021 walaupun kita semua diuji dengan covid 19, asbab ujian inilah jualan mereka naik sekali ganda,”

Berbeza dengan pengeluar produk lain, selain memberi bahan-bahan promosi, Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd turut membina sebuah Akademi Latihan bagi melatih ejen jualan mengenai ilmu perniagaan yang lebih luas seperti Pengurusan Bisnes, Kewangan, Cukai dan Pelaburan. 

“Kami juga mempunyai Akademi Zafesha di mana Mereka di support ilmu2 marketing secara online dan offline. kami bukan sahaja menyediakan bahan2 pemasaran untuk memudahkan reseller membuat marketing dan jualan, tapi kami juga turut menekankan ilmu perniagaan yang lebih luas seperti pengurusan bisnes, financial, tax dan investment. Ini kerana kami mahu semua reseller kami bukan setakat boleh buat side income semata2 tapi juga boleh mengembangkan bisnes masing2 ke level yang lebih tinggi seperti naik ke level syarikat dan boleh berJV dengan kami.” 

ZAFESHA
Puan Wani dan suaminya, Encik Fazli

Zafesha Simply memiliki 12 produk penjagaan kulit namun mengakui alas bedak atau Foundation yang mengekalkan bahan-bahan semulajadi seperti minyak Aragn adalah yang terlaris. 

Produk ini telah menembusi pasaran Singapura dan Brunei dengan lebih 5 ribu pelanggan. 

Asiah dan Afizam kini komited mahu bantu lebih ramai usahawan membina kejayaan Bersama mereka untuk tahun 2022. 

“Kalau tahun 2021, kami berjaya melahirkan enam orang jutawan jualan, kita punya sasaran pada 2022 adalah 20 orang. Dan kita juga sasar untuk lahirkan usahawan baharu dalam 10,000 orang.” 

Keduanya ditemui media dalam majlis Majlis Makan Malam di Cyberview Resort and SPA, Cyberjaya yang bertemakan Dazzling Night bertujuan menghargai semua wakil jualan dan staff Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd yang selama ni bersusah payah dalam membangunkan jenama itu. 

“Sangat banyak anugerah. Untuk reseller ada 13 sebab kita ada buat cabaran sales dan untuk staf dalam ada lima. Itu yang main, di mana cabaran sales hadiah pertama yang berjaya dimenangi adalah pakej umrah bernilai RM10,000 yang ada dalam frame tu dan barangan kemas dan handbag

Untuk tahun 2022, cabaran sales kita, hadiah utama adalah Honda Civic. Kita sangat optimis dan memang akan ada pemenang nanti,”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semakin Kacak, Hael Husaini Dituduh Buat Pembedahan Plastik 

Sinopsis Drama BILA HATI MEMILIH DIA Lakonan Aedy Ashraf & Eyka Farhana