in ,

Yusry Sahkan Lisa Surihani Mengandung Anak Pertama

Suka Budiey petik berita ini daripada portal Berita Harian hari ini yang memberitakan spekulasi dan teka teki mengenai diri Lisa Surihani yang dikatakan sudah berbadan dua terjawab sebentar tadi apabila suaminya, Yusry Abdul Halim mengesahkan kebenarannya.

Ya, Budiey nak ucapkan tahniah kepada pasangan serasi dan romantik ini, Lisa Surihani sah hamil mengandung anak pertama. Mesti anak mereka comel macam ibu dan ayahnya. Tapi masiah terlalu awal. Jadi, apa yang kita doakan agar semuanya selamat la kan?

Lisa Surihani

“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh,” kata Yusry yang duduk bersebelahan Lisa ketika temubual ini berlangsung.

Tambah Pengarah Cicakman 3 itu, ketika bertebaran cerita mengandung ini pelbagai teori muncul.

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” katanya.

Lisa yang tersipu malu di sebelah Yusry mengakui bukan niat beliau untuk berselindung.

“Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya,” katanya.

24 Februari depan akan genap tiga tahun usia perkahwinan mereka.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Menumbai Madu di Riau Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Coca-Cola Zero Rasanya Setanding Coke