in

Coca-Cola Zero Rasanya Setanding Coke

Minuman baru yang kelihatan seperti Coca-Cola, rasa seperti Coca-Cola dan mampu menghilangkan dahaga juga sehebat Coca-Cola, kini dengan rasminya diperkenalkan di Malaysia.

Ia tidak lain dan tidak bukan Coca-Cola zero, yang mempunyai rasa unik Coca-Cola tetapi dengan ciri istimewanya iaitu tanpa gula dan kalori.

Rasanya Setanding Coke

Malaysia kini merupakan negara yang ke-150 daripada seluruh dunia yang menawarkan Coca-Cola zero, satu-satunya inovasi paling maju dalam tempoh 25 tahun dari The Coca-Cola Company. Jenama Coca-Cola zero kini bernilai AS$7 bilion. Coca-Cola zero mengagumkan warga Malaysia dengan rasanya yang enak. Coca-Cola zero rasanya setanding Coke, walaupun tanpa gula dan kalori.

The Coca-Cola Company’s General Manager of Malaysia-Singapore-Brunei Region Ms. Gill McLaren at the Launch of Coca-Cola zero today

“Rasa yang enak merupakan keutamaan kami dan kini dengan pelancaran Coca-Cola zero yang baru di negara ini, pelanggan kami dapat menikmati rasa yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tidak mengandungi gula dan bebas kalori. Sukar untuk dipercayai? Cubalah sendiri.” kata Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi Malaysia-Singapore-Brunei, Gill McLaren.

“Coca-Cola zero yang begitu mirip rasanya dengan Coca-Cola asli pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicipta,” kata McLaren dalam ucapannya di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu kota, hari ini.

Bebas Gula

Menurut beliau, tinjauan pasaran di Malaysia mendapati bahawa pelanggan Coca-Cola pada mulanya khuatir tentang kandungan Coca-Cola zero yang bebas gula. Namun setelah merasainya sendiri, mereka amat kagum dengan keenakkan rasanya yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tanpa gula.

“Coca-Cola zero amat laris di persada dunia dan saya yakin rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang inginkan pilihan tanpa gula namun dapat menikmati rasa yang sama dengan Coca-Cola asli, akan menyukainya,” tambah beliau.

Diperkenalkan secara global sejak tahun 2005, Coca-Cola zero kini menerajui pasaran di Malaysia dan akan menghiasi rak-rak di seluruh Negara ini dengan bekas tinnya yang berwarna hitam, seiringan dengan Coca-Cola asli.

McLaren juga berkata bahawa pelancaran Coca-Cola zero ini adalah sebahagian penting dalam komitmen The Coca-Cola Company untuk menawarkan lebih pilihan di Malaysia, selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan kepada industri minuman untuk membekalkan lebih banyak pilihan minuman di pasaran tempatan.

Coca-Cola zero dikeluarkan di kilang Coca-Cola di Malaysia dan Singapura yang mempunyai sijil Halal.

“Kini dengan adanya Coca-Cola zero di Malaysia, kami dapat melengkapkan lagi portfolio tawaran kepada pengguna tempatan. Kami juga berharap ianya akan dapat memberi peningkatan yang positif dalam jualan kategori produk ini di Malaysia,” kata beliau.

The Coca-Cola Company di Malaysia
Selain Coca-Cola, satu-satunya jenama terlaris di dunia, The Coca-Cola Company di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan 20 lebih produk yang lain, termasuk minuman berkarbonat (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman berkarbonat sifar kalori (Coca-Cola light, Coca-Cola zero), minuman berjus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth) and air (Dasani).

Sejak tahun 2010, The Coca-Cola Company telah melabur lebih daripada RM750 juta di Malaysia, sekali gus mewujudkan 800 lebih peluang pekerjaan dalam usahanya untuk memuaskan selera 60,000 pengguna di sini. Melalui pelbagai program dan insiatif Coca-Cola Malaysia berhasrat untuk membawa perubahan positif yang berkekalan kepada komuniti tempatan. Coca-Cola Malaysia bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup cergas; dengan Raleigh International dan Muslim Aid Malaysia untuk membekalkan air bersih kepada 21,600 penduduk luar bandar di negeri Sabah; dan meningkatkan daya keusahawanan di kalangan wanita Malaysia Timur melalui program SURI. Ini semua adalah bukti kepada komitmen berterusan Coca-Cola untuk membina komuniti mapan di negara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yusry Sahkan Lisa Surihani Mengandung Anak Pertama

Nivea Relieves & Rebuilds The Young Minds Campaign